
Wanita yang terdesak- Lelaki sebenarnya tidak tertarik terhadap wanita yang kelihatan terdesak dalam mencari pasangan. Ini hanya akan meningkatkan lagi ego mereka sahaja. Tidak salah untuk seseorang wanita berusaha memulakan dahulu perhubungan tetapi pastikan bahawa anda tidak kelihatan didalam keadaan yang terdesak.
Wanita yang tidak berhenti bercakap- Sekiranya anda sememangnya seorang yang suka bercerita, tiada masalah untuk meluahkan apa yang telah anda lalui terhadap pasangan. Tetapi pastikan anda bercerita pada masa dan situasi yang bersesuaian. Sekiranya tidak, ia hanya akan merungsingkan lelaki sahaja.