Kenalan Cinta

Saturday, May 26, 2012

Beginilah caranya - OST 'Aku ada, Kau ada'

 Suka sangat lagu ni....best..:0

Lirik Lagu Beginilah Caranya – Shaheizy Sam N Yana Samsudin

Aku tak bisa menyatakan perkataan
Kelu lidah bila berdepan kamu
Aku percaya pada naluri hatiku
Yang nyata sudah ada depan mata
Tapi aku masih belum mengenalmu
Untuk menikmati rasa sebenar-benar cinta

Chorus

Aku tahu di mana nak cari cintamu
Di sini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang
Yang ku tahu
Kucuba yang terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan
Begini caranya bagi diriku
Caranya bagi diriku

Friday, May 4, 2012

Buat Pedoman Isteri Tersayang







Buat tatapanku dan juga wanita yang bakal or bergelar isteri...:)

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

Thursday, May 3, 2012

5 Kepentingan Perkahwinan Dalam Kehidupan




Perkahwinan adalah merupakan suatu perkara yang amat penting dalam kehidupan manusia, tidak kira samaada lelaki ataupun wanita. Ini kerana hanya dengan perkahwinan sahaja mampu untuk melengkapi atau memenuhi keinginan semulajadi seseorang itu. 

Antara kepentingan perkahwinan adalah..



(1) Memenuhi keinginan semulajadi- Sememangnya adalah keinginan semulajadi manusia mempunyai nafsu terhadap pasangan mereka. Adalah amat mustahil sekiranya keinginan ini dipenuhi tanpa melalui perkahwinan.  Selain daripada itu, kepentingan perkahwinan juga adalah untuk mengelakkan keinginan ini dilalui dengan cara yang salah.


(2) Sebagai pelengkap kehidupan- Adalah mustahil sekiranya seseorang menyatakan bahawa kehidupan mereka telah lengkap tanpa melalui perkahwinan. Ia mungkin hanya luahan sahaja tetapi hakikatnya adalah jauh berbeza. Kepentingan perkahwinan dinyatakan sebagai pelengkap kehidupan adalah kerana peranan pasangan yang dapat membantu untuk menutupi kelemahan diri anda. Setiap manusia dilahirkan pasti mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Blog Widget by LinkWithin