5 sebab utama yang berkemungkinan menyebabkan seseorang lelaki itu tidak menghubungi anda.
Mereka hanya suka meluangkan masa bersama wanita-
Tidak semestinya apabila seseorang lelaki meluangkan masa bersama,
bermakna mereka telah jatuh hati pada anda. Sebahagian lelaki gemar
untuk meluangkan masa bersama wanita hanya untuk melupakan kebosanan
mereka sebentar. Apabila mereka sudah sibuk untuk melakukan tugasan
kerja, pasti agak sukar untuk mereka mengingati anda.
Untuk menunjukkan ‘kemachoan’ mereka sebagai lelaki-
Mungkin lelaki yang telah anda keluar bersamanya turut menyukai anda.
Tetapi untuk mengelakkan daripada kelihatan seperti seorang yang kelam
kabut, mereka dengan sengaja tidak mahu menghubungi anda dalam masa yang
terdekat. Tujuan sebenar semestinya mengenai ‘kemachoan’ sebagai
seorang lelaki sejati. Ini juga merupakan salah satu permainan psikologi
yang paling di gemari lelaki. Dalam kes ini, anda hanya perlu bersabar
dan pasti mereka akan menghubungi anda.