1. Kecantikan Dalaman~
Wanita yang tulen adalah wanita yang 
lemah lembut dalam pewarakannya  tetapi prinsip dan nilai hidupnya 
begitu agung dan tinggi merantai  dirinya.Itulah kecantikan dalaman yang
 sukar ditandingi.
2. Keanak-anakan~
Lelaki suka 
membela, menjaga, membimbing dan melindungi justeru mereka  boleh 
berperanan menjadi pelindung kepada mereka.Keperibadian wanita  yang 
manja keanak-anakan memang merupakan salah satu keindahannya namun  
tidaklah berkeanak-anakan yang melampau kerana akan menunjukkan bahawa  
diri wanita itu tidak matang.
3. Cantik~
NAFSU 
mengatakan wanita cantik pada rupanya,AKAL mengatakan wanita  cantik 
pada ilmu dan kepandaiannya,HATI mengatakan wanita itu cantik  pada 
akhlaknya.
4. Berakhlak Mulia~
“Dunia adalah 
perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita  yang 
solehah”Sebagai ibu, terukir di paparan dada.Sebagai isteri,  pengubat 
duka nan lara.Sebagai kekasih, dirindui saban ketika.Sebagai  mujahidah,
 berdiri dibelakang mujahidin.~Ciri-ciri wanita yang  solehahTaat kepada
 Allah.Berbuat baik kepada ibu bapa.Sentiasa taat dan  berkhidmat kepada
 suami dengan sepenuh hati.Menutup dan menjaga  aurat.Tidak berhias 
apabila keluar rumah.Tidak keluar bersendirian atau  bersama lelaki 
ajnabi kecuali bersama mahram.Berbuat baik dengan jiran  tetangga.Suka 
mempunyai anak yang ramai dan berusaha untuk mendidik  mereka.
5. Berpegang pada agama~
“Dikahwini wanita itu kerana 4 perkara, kecantikannya, hartanya, keturunannya, dan agamanya. Pilihlah yang paling beragama”
6. Dari keturunan yang baik-baik.~
Seorang
 wanita yang dari keturunan yang baik2 mudah diterima lelaki.  Namun 
wanita yang berasal dari keturunan yang hina seperti anak zina  atau 
sebagainya tidak wajar merasakan dirinya tidak layak menjadi wanita  
idaman. Islam mengangkat tinggi umatnya yang bertaubat dan sentiasa  
memperbaiki diri kerana taqwa menjadi darjat kemuliaan disisi Allah.
7. Bijaksana~
Saidatina
 Aisyah r.a. merupakan seorang tokoh intelektual terbilang.  Sebanyak 
2210 hadis sahih berjaya diriwayatkan selama 9 tahun hidup  bersama 
Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan fuqoha’ (ahli hukum) Madinah  yang 
unggul dan juga berpengetahuan dalam bidang perubatan.~Wanita  idaman 
lelaki ialah wanita yang pandai tetapi tidak menunjuk-nunjuk
pandai kerana ianya mencabar ego lelaki lalu menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.
8. Tidak mempamerkan keseksian~
“Wanita
 yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari  perhatian 
lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya  seperti 
punuk (bonggol) unta, mereka itu tidak akan masuk syurga”
(Hadis Riwayat Muslim)
9. Tidak Cerewet~
Wanita yang cerewet boleh merimaskan lelaki dan mudah menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.
10. Memahami lelaki~
Contoh:
 Yang berlaku: “Itulah abang! Asyik bekerja aje. Mementingkan  diri 
sendiri… Tak ingat nak balik rumah… Tak abis-abis layan kawan..  kawan..
 kawan… Hal rumah ni takkan nak suruh saya buat sorang!”Yang  sebenarnya
 berlaku: Di pejabat, bos sambung meeting hingga pukul 7  malam. Singgah
 solat Maghrib di masjid. Ada penceramah idola. Dengar  ceramah sehingga
 solat isyak. Dalam perjalanan pulang, kawan lama  telefon minta jumpa 
di warung ada hal penting katanya. Pukul 10 malam  baru sampai di rumah.
11. Tidak terlampau cemburu~
“Tidak
 boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang  telah 
dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan dijalan Allah dan orang  yang 
dikurniakan ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan hukum  berpandukan 
ilmunya (al-Quran dan Hadis) serta diajarkan kepada orang  lain” 
(riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
12. Sejuk mata memandang.
~Bersopan-santun, sentiasa memaniskan muka~ Sentiasa senyum~Menutup aurat~Ramah dan mesra~Menundukkan pandangan.
13. Pandai menaikkan semangat dan bermotivasi~
Lelaki lebih tertarik untuk mencari wanita yang pandai menaikkan semangat dan bermotivasi ketika dia memerlukannya.
14. Canggih~
Wanita
 yang pandai menyesuaikan diri dengan arus perkembangan semasa  tetapi 
masih mengekalkan ciri-ciri wanita Islam yang berakhlak mulia dan  
menutup aurat.
15. Mempunyai persamaan yang bermakna~
Suatu
 hari,Imam Malik hairan melihat burung merpati dan gagak berkumpul  
bersama. Dengan spontan beliau berkata,”Kedua-duanya bersatu padahal  
jenisnya tidak sama”. Ketika burung itu terbang,beliau melihat keduanya 
 masih ada persamaan iaitu kedua-duanya cacat. Lalu beliau 
berkata,”Sebab  itulah burung itu dapat bersatu”.
16. Pemaaf~
Wanita
 yang suka mendahului meminta maaf walaupun dirinya tidak bersalah  
digambarkan mempunyai peribadi yang unggul dan mudah disayangi.
17. Seimbang~
Seimbang dari sudut pergaulan, keagamaan, pengurusan diri, dan pengurusan masa.
18. Berkeyakinan diri
19.
 Mempunyai ‘body language’ yang baik.(Diulangi, body language  ye,samada
 cara percakapan,kawalan diri di hadapan org ramai dan  sbgnya.Yang 
penting bukan bentuk body seseorang wanita itu yg jd  ukuran..:p)
note: Rujukan : Petua Membuat Orang Jatuh Cinta ~ (DATO’ DR. FADZILLAH KAMSAH, HAJI MUHAMMAD ZAKARIA, FATIMAH SYARHA NOORDIN)
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
2 comments:
Mantap sekali
Aladin88 adalah Master Agen Betting Online Terpercaya. Kami menyediakan jasa pembuatan account betting online dari permainan SBOBET, IBCBET, 368BET (CMDBET), Winnning FT, Ubobet, SBO Casino 338a, Ion Casino, CBO855, Tangkasnet, Tangkas88, 9Joker, Klik4D, Isin4D, dan AsiaPoker77.
YM: cs1.aladin88@yahoo.com
Pin BB: 2B1D5AD1
WeChat : aladin88cs
Whatsapp: +855962761968
SMS: + 6281287457208
Post a Comment