Kenalan Cinta

Wednesday, June 17, 2009

10 Perkara Yg Mbuat Wanita Benci Lelaki


Sebenarnya byk sbb yg boleh mbuat wanita benci lelaki. Sbhgnnya sy sdh senaraikan dbwh.

So lelaki kat luar sana baca info dbwh ni & ketahui knp wanita benci dgn anda.....lepas tu jgn ulangi...hehehe.

1. Panas baran(ini plg sy takut...jauhkan segala musibah)

Pantang silap sikit, pasti pelbagai kata-kata kesat dihamburkan. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, kadangkala tangan lelaki panas baran ini juga pantas menampar atau mencekik leher kekasih bagi menunjukkan mereka ini kuat dan berkuasa.

Perbuatan lelaki sebegini akan membuatkan wanita benci dan fobia. Bagi sesetengah wanita yang terlalu menyayangi pasangan, mereka terpaksa berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan.

2. Mengongkong

Segala gerak-geri kekasih dikawal. Hendak keluar berhibur dengan teman-teman pun tidak boleh. Sampaikan dari segi berpakaian pun perlu mengikut segala yang diinginkan mereka. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka. Mulalah dituduh psiko dan queen control.

3. Ego

Ini adalah perbuatan yang paling ketara bagi kaum lelaki. Apabila berlaku pergaduhan, wanita selalu dipersalahkan. Kadangkala, marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri tidak menelefon kekasih semata-mata ingin dipujuk. Ada sesetengah lelaki pula, kerana terlalu ego sanggup menunggu wanita mengajak keluar dahulu daripada mereka sendiri mengajaknya. Tidak salah mempamerkan ego, tetapi biarlah kena pada tempatnya.

4. Suka “cuci mata”

Kebanyakan lelaki sukar untuk mengawal mata mereka (mata keranjang). Walaupun sudah dikurniakan teman wanita yang cantik, tetapi masih lagi ingin memandang wanita lain. Pandang sekali sudahlah. Ini tidak. Kadangkala, sampai terpusing kepala lelaki mata keranjang ini memandang wanita lain.

5. Main kayu tiga

Ini adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap wanita. Pantang digoda dengan wanita lain, terus hanyut. Ada juga lelaki yang pantang melihat perempuan cantik, pasti dijadikan senarai ‘teman tapi mesra’. Ada juga yang sanggup keluar dengan wanita lain walaupun sudah mempunyai kekasih.

6. Tidak sensitif perasaan wanita

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian kepada kekasihnya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perasaan wanita. Tetapi jika bersangkut paut mengenai diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan, mereka begitu memahami dan mengambil berat.

Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Cukuplah sekadar teman lelaki menjaga hati mereka dahulu sebelum menjaga hati orang lain, lebih-lebih lagi jika wanita itu bakal menjadi isterinya kelak.

7. Pentingkan kawan-kawan

Sanggup membatalkan temu janji semata-mata ingin menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Sesetengah lelaki selalu mementingkan kawan-kawan dalam segala hal.

Kalau ada apa-apa masalah di tempat kerja atau apa urusan sekalipun, mereka yang mementingkan kawan-kawan sanggup mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan kekasih. Wanita akan lebih menyayangi pasangannya jika mereka lebih dihargai.

8. Tidak tahu menghargai

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Seboleh-bolehnya, lelaki mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap menghargai mereka. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap menghargai teman wanita terhadap apa yang cuba dilakukannya untuk anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya, ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

9. Meninggikan suara

Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tetapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

10. Penipu

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tidak munasabah. Ada lelaki sanggup mungkir janji dan memberi pelbagai alasan seperti mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan, padahal sebenarnya mereka enggan mengotakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama kelamaan akan membuatkan wanita menjauhi anda.

p/s: Jauhi lelaki yg panas baran & ego tk btpt...sayangilah diri anda..hehehe.

11 comments:

lelaki_gentlemen92 said...

dah pompuan xnak dengar kata, tu yg lelaki kne kras kan hati....

sbb pompuan slalu ny....ap2 hal..

maaflh kata2 sy ni....bkn nak ape....

Allah tlah mnciptakan kaum hawa dlm keadaan lemah, bkn nak hina, tp mmg hakikat Allah mnciptakan kaum hawa sbgini...

tu yg Allah ciptakn kaum adam spaya memimpin kaum hawa ke jalan yg diredaiNYA

khilkhir said...

salam...bole x sy nk copy entry ni tuk blog sy?hehe...

Admin said...

boleh saja...khilkhir

abigemok said...

kalau pompuan tu tak nak gendar cakap?? nak buat cmana??

TQAH_SWEET89 said...

ALA PEREMPUAN X NK DGR CKP LAKI..
SBB BKAN SUAMI ISTERI LAGI PN HUHUH

cikpia said...

menarik nie!!!!! kopipes bagi kat bf skali laie..... he he......

Admin said...

tq sudi singgah...huhuhu

Anonymous said...

wow..tq sbb share..sy copy boleh..^_^

Admin said...

wcome...boleh je

Anonymous said...

saya ada bf yang sgt panas baran,ego, cemburu buta. mata keranjang, mengongkong... semua ada lah... still 2gether ag. ntah lah mgkin xder kekuatan lagi nk tinggalkan dia... hati mmg taknk.. sbb hubungan aku sampi mak ayah pun tak restu.... kgkadang aku sedih... sakit sgt hati... kesan nya aku xda kawan, rakan skerja benci aku... mak ayah ckp aku derhaka.... hmmm. sedih sgt..

Anonymous said...

hmm zaman sekarang ini byk lelaki panas baran mungkin berpunca dari keluarga lelaki sebut . Contohnya ayah@abang@kakak seorang yang panas baran mungkin penyebab seseorang lelaki apabila sudah dewasa mengikut jejak langkah ahli keluarganya. Saya juga mempunyai suami seperti bila mood dia baik mmg disayang2nya sy dan anak2 , tapi apabila dia mula marah perkara yg saya tidak suka sekali.

Byk kali saya memujuk suami suruh pergi kursus2 membangun minda dan mengawal emosi yg byk dipaparkan dlm surat khabar tetapi dia tidak mahu menolong diri sendiri.

Dalam keluarga saya memikul tugas ketua keluarga dan saya tidak begitu kisah soal wang ringgit kerana wang ringgit perlu digunakan untuk kebaikkan bukan utk kepentingan.

Sekarang saya mampu tenang walaupun suami marah , kerana tiada guna bertikam lidah buat sakit badan jer nnt.Mungkin suatu hari nnt dia akan berubah , saya berserah kepada tuhan dan berusaha menolongnya.

Mungkin akan timbul tanda tanya dekat dirinya dan merasa malu dengan peragainya sendiri suatu hari nnt . Saya memberi peluang tuk dia berubah ,pada masa yg sama sy tetap fokus dengan kerjaya saya sekarang . Soal peribadi dirumah , soal kerja perlu difokuskan dahulu dan anak2.

Blog Widget by LinkWithin