Kenalan Cinta

Friday, August 28, 2009

10 Ciri Perempuan Pisau Cukur


Minggu lepas kita dah tgk 10 ciri lelaki kasanova. Kali ni kita tgk 10 ciri perempuan pisau cukur pula. So, para lelaki di luar sana, sila baca info ini agar anda lebih bhati2 dgn perempuan pisau cukur ni. Jgn harapkan cantik rupa paras je, tanpa menilai kecantikkan dalaman ssorg perempuan itu.

1. Di awal perkenalan di dia banyak memainkan peranan menggoda lelaki dengan menggunakan semua aset yang dimilikinya.

2. Perempuan pisau cukur ini kebanyakannya lemah lembut, manis dan bijak berkata-kata. Pada mulanya si dia tidak minta apa-apa tetapi lama-lama botak kepala lelaki mengadakan setiap permintaannya.

3. Perempuan pisau cukur berperwatakan seperti perempuan mewah yang memiliki segalanya. ini adalah untuk menyakinkan lagi lelaki bahawa dia tidak memerlukan harta lelaki untuk jadi senang. Namun harus diingat semua itu hanya berlakon semata-mata

4. Agak seksi dan menggoda. Maklumlah cara ini sahajalah yang boleh membuat lelaki cair.

5. Biasanya mempunyai sejarah pahit dalam kehidupan mereka. Umumnya mereka ini anti lelaki. Contohnya anak jadi mangsa rogol ayah sendiri. Apabila usianya semakin meningkat, dia merasakan semua lelaki tidak boleh diharap dan dia menanam hasrat untuk membalas dendam pada semua lelaki.

6. Mula minta itu dan ini setelah agak lama berkawan. tetapi kebiasaannya ia akan bermula sedikit demi sedikit. Mungkin di awalnya si dia akan minta topup, kemudian minta lelaki tersebut hadiahkannya telefon bimbit sahaja. tetapi selepas itu sikit demi sedikit dia mainkan peranan.

7. Tidak ada perasaan cemburu ataupun mahu mengakhiri hubungan dengan perkahwinan. tidak kisah walaupun tahu lelaki itu sudah berkahwin asalkan banyak harta perempuan pisau cukur tetap akan goda sampai dapat.

8. Mudah untuk di bawa ke mana-mana sahaja tanpa ada sebarang sekatan. Apa yang penting tempat yang dituj?b?rleh memberi banyak manfaat padanya contohnya bershopping.

9. Akan merahsiakan latar belakang keluarganya. Walaupun kamu sudah berkawan dengannya hampir 2 bulan. tetapi kamu masih tidak tahu dari mana asalnya dan siapa ibu bapanya. Apabila di tanya dia lebih suka mengelak.

10. Apabila lelaki yang dikikisnya sudah tidak boleh beri apa-apa manfaat padanya lagi. dengan mudah dia mencari kesalahan lelaki tersebut. Biarpun apa yang dikatakannya tidak masuk akal. tetapi alasan-alasan yang di ciptanya memang sukar untuk dibidas.

5 comments:

Unknown said...

oooo...bahaya nih...admin begini kah???

Admin said...

sy pula kena soal..tklah. Tk nk jd pisau cukur. Kecik sgt pisau tu..hahaha

Mr. Cuz said...

perg..mmg bhye pompuan mcm ni..kne lebih berhati2 ni..haha
tp xsalah kn nk try men dgn pompuan mcm ni..haha
tgok spe yg kne cukur lbih..haha (jhat gk aku ni)

Anonymous said...

nak tambah skit lagi..
suka ajak lelaki makan di tempat2 high class gitu...
rabak poket gang!!!

Anonymous said...

Your сurrent article offerѕ establishеd benеficіal to
me personally. ӏt’s very infoгmative and yοu're simply certainly very knowledgeable in this region. You possess popped my sight to be able to varying views on this specific subject matter using intriguing, notable and reliable content.
Here is my web site : ativan

Blog Widget by LinkWithin