Kenalan Cinta

Sunday, October 11, 2009

Ketahui Ciri-ciri Lelaki Beristeri



Buat teman2 seperjuangan, kali ni sy nk bgtau bbrpa ciri lelaki yg sudah beristeri. Tip ini ptg tau, terutama bg perempuan yg msh single or msh mcari lelaki pujaan.

Kita sebagai seorg perempuan harus bhati2 dgn sikap setengah lelaki yg suka myembunyikan status pkahwinan mereka. Kerana jenis lelaki mcm ini sllnya ingin mgambil kesempatan ke atas kita sebagai perempuan yg lemah. So, utk mgelakkan diri kita tjerumus dengan cinta suami orang, ketahuilah ciri-ciri lelaki beristeri dibwh ni:

1. Elak topik tertentu
Dia menjaga suaranya dan selalunya cukup berlemah-lembut. Selain itu, lelaki ini juga tidak akan membuat hubungan mata dengan anda atau memandang anda tepat pada mata seolah-olah takut-takut. Di samping itu, lelaki beristeri juga selalunya akan cuba mengelak diri bila topik-topik seperti keluarga, anak dan percutian dibangkitkan. Kalau anda terlanjur berbicara tentangnya dia akan cuba sedaya upaya mengalih topik perbincangan.

2. Semua panggilan telefon mengikut arahannya
Si dia berkeras agar anda hanya menghubunginya pada waktu yang telah ditetapkan. Misalnya selepas jam 12 malam, selepas semua ahli keluarganya tidur. Ataupun dia menetapkan hanya dia saja yang akan menghubungi anda.
Dia akan memberi pelbagai alasan mengapa anda tidak boleh menghubunginya sesuka hati. Lelaki yang sudah beristeri juga tidak akan memberikan nombor telefon rumahnya walaupun diminta berkali-kali.

3. Tidak sepenuhnya kepada anda
Ketika bersama dengan lelaki beristeri, anda boleh melihat hatinya tidak sepenuhnya kepada anda. Dia kelihatan resah gelisah dan sekiranya keluar di tempat awam dia asyik memerhatikan persekitarannya, bimbang bertemu dengan orang yang dikenali.
Jika anda dapat merasakan kegelisahan ini maka dengarkanlah suara hati anda. Selain itu anda boleh membaca cara dia mengendalikan hubungan bersama anda. Ketika anda serius dan mahukan ketentuan masa depan, si lelaki akan relaks saja. Dia tidak bercakap tentang hal perkahwinan dan masa depan.

4. Lihat jarinya
Ini cara paling mudah mengenali lelaki beristeri. Lihatlah pada jarinya, ada lingkaran putih pada jari keempat tangan kirinya, tempat cincin kahwin biasa dipakai. Tetapi apabila bertemu dengan anda, si dia tidak akan mengenakannya. Buat-buatlah bertanya kenapa putih di bahagian itu, pasti dia akan memberi pelbagai alasan ataupun ragu-ragu menjawab.

5. Berahsia
Si dia berahsia pada masa yang tidak kena. Selalunya dalam perhubungan seorang jejaka akan meluahkan banyak rahsia tentang dirinya tetapi lelaki beristeri sebaliknya. Dia akan terus berahsia dalam banyak perkara lebih-lebih lagi yang membabitkan keluarga.

6. Beri alasan
Si dia mengelak berkunjung ke tempat-tempat tertentu bila diajak. Dia akan memberikan pelbagai alasan termasuklah yang tidak logik di fikiran anda kalau sudah terdesak. Sebagai contoh, si isteri mungkin selalu membeli-belah di sebuah pusat membeli-belah maka jangan haraplah si dia akan masuk ke situ bersama anda walaupun anda mengajaknya berulang kali.

7. Tidak akan keluar pada hari minggu
Lelaki beristeri tidak akan menghabiskan hari minggunya bersama anda. Bagi lelaki yang telah berkeluarga, hari minggu adalah untuk keluarga, sementara malamnya pula adalah untuk sesama rakan lelaki. Si dia akan cuba mengelak keluar bersama anda pada hari tersebut dan seperti biasa bermacam-macam alasan akan diberikan.

8. Bersikap tenang
Walaupun ada lelaki beristeri gelisah ketika keluar bersama pasangan barunya, namun ada juga yang tenang dan penuh keyakinan. Selalunya setinggi manapun keyakinan seorang lelaki tapi apabila dia terikat dalam satu perhubungan mereka akan resah dan bingung. Namun ada lelaki tenang saja, bagi mereka dengan memiliki isteri di rumah, tiada apa yang perlu dirisaukan.

9. Anda curiga
Jika anda mencurigai setiap lelaki yang anda temui sudah beristeri maka kemungkinan ini hanya prasangka sahaja. Tapi jika anda mendadak merasa curiga dengan keperibadian pasangan anda sekarang maka percayalah pada rasa hati anda itu.
Sekiranya setelah membaca tips ini anda yakin pasangan anda sekarang adalah lelaki beristeri, maka tanyalah terus-terang pada dirinya. Sekiranya dia mengaku dan berjanji akan menceraikan isterinya jangan sesekali mempercayai kata-kata tersebut. Kemungkinan untuk dia melakukan adalah terlalu kecil.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin