Kenalan Cinta

Saturday, June 18, 2011

6 Punca Yang Menyebabkan Kedutan Pada Wajah


masalah-kulit-berkedut


Kedutan pada wajah adalah satu masalah yang sering cuba dielakkan oleh seseorang terutamanya wanita. Masalah ini mungkin dapat dikurangkan sekiranya anda mengetahui apakah punca yang menyebabkan kedutan tersebut. Tetapi, ada sesetengah punca yang khusus tidak dapat untuk dielakkan. 


Juling- Tahukah anda bahawa juling akan menyebabkan tisu kulit halus dibahagian mata akan menghasilkan satu garisan yang dalam. Ia akan kelihatan seperti kedutan pada bahagian mata. Sekiranya anda mengalami masalah ini, dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat pakar. Pada masa kini, terdapat pelbagai rawatan yang menawarkan penyelesaian untuk masalah ini. Ia juga dikatakan dapat disembuhkan dengan sendiri. 

Saturday, June 11, 2011

4 perkara yang anda tidak perlu katakan kepada bakal pengantin perempuan

http://4.bp.blogspot.com/_kXWrsVtmw0A/S9wQVOw9hFI/AAAAAAAAF7k/TXgDJ6zb7p4/s1600/pengantin-11.jpg


Mengapa pengantin perempuan? sudah semestinya perempuan lebih emosional berbanding lelaki. Dikhuatiri apa yang anda nyatakan akan mempengaruhi hari-hari bahagia mereka. Perkahwinan adalah hari yang dinantikan-nantikan oleh semua orang. Janganlah disebabkan kata-kata anda akan menghancurkan sesebuah kebahagiaan.
 
 
Membandingkan perancangan yang telah mereka lakukan- Sekiranya bakal pengantin perempuan hanya melakukan perancangan perkahwinan yang ringkas, anda janganlah membandingkan dengan perkahwinan yang lebih mewah. 


Mungkin atas faktor kewangan mereka tidak mampu untuk merancang perkahwinan yang lebih baik. Mereka hanya melakukan sekadar yang termampu sahaja. Sebaiknya, anda harus memberi sokongan terhadap apa yang mereka cuba lakukan.

Monday, June 6, 2011

5 Sebab Lelaki Kurang Berminat Terhadap Seks

http://www.top5reason.com/wp-content/uploads/2011/04/13-Things-sleep-06-sl.jpg


Bagi kaum wanita..para isteri diluar sana, saya rasa artikel ini amat berguna bagi anda memahami sebab kenapa lelaki...suami anda kurang berminat terhadap seks. Ianya ditujukan kepada pasangan yang sudah berumahtangga atau yang bakal untuk berumahtangga agar lebih memahami masalah-masalah yang mungkin dihadapi oleh suami mereka. Mungkin masalah ini tidak terlalu dititikberatkan tapi hasil kajian menunjukkan masalah ini adalah salah satu punca utama pasangan suami isteri berpisah.

 
Terlalu sering masturbasi- Lelaki yang terlalu sering untuk masturbasi kadang-kadang tidak memerlukan pasangan untuk memuaskan keinginan sexnya. Mereka lebih gemar untuk berimaginasi dengan susuk tubuh yang mereka lihat di majalah, internet, atau video. Ini akan menyebabkan mereka menghadapi kesukaran untuk melupakan pasangan maya mereka di dunia nyata. 

Blog Widget by LinkWithin