Kenalan Cinta

Monday, June 6, 2011

5 Sebab Lelaki Kurang Berminat Terhadap Seks

http://www.top5reason.com/wp-content/uploads/2011/04/13-Things-sleep-06-sl.jpg


Bagi kaum wanita..para isteri diluar sana, saya rasa artikel ini amat berguna bagi anda memahami sebab kenapa lelaki...suami anda kurang berminat terhadap seks. Ianya ditujukan kepada pasangan yang sudah berumahtangga atau yang bakal untuk berumahtangga agar lebih memahami masalah-masalah yang mungkin dihadapi oleh suami mereka. Mungkin masalah ini tidak terlalu dititikberatkan tapi hasil kajian menunjukkan masalah ini adalah salah satu punca utama pasangan suami isteri berpisah.

 
Terlalu sering masturbasi- Lelaki yang terlalu sering untuk masturbasi kadang-kadang tidak memerlukan pasangan untuk memuaskan keinginan sexnya. Mereka lebih gemar untuk berimaginasi dengan susuk tubuh yang mereka lihat di majalah, internet, atau video. Ini akan menyebabkan mereka menghadapi kesukaran untuk melupakan pasangan maya mereka di dunia nyata. 


Ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa punca ini adalah mustahil terutamanya terhadap lelaki yang sudah berkahwin, tetapi hasil daripada tinjauan terhadap suami yang tidak memberikan nafkah batin terhadap isteri, mereka menyatakan bahawa lebih gemar untuk melakukannya secara sendiri berbanding dengan isteri. Masalah ini merupakan masalah yang amat serius dan perlu dielakkan sejak awal lagi.


Fungsi seksual terganggu- Sebahagian lelaki berkemungkinan mengalami masalah seksual yang terganggu menyebabkan mereka tidak berminat terhadap seks. Ada diantara mereka yang terlalu takut apabila bertemu dengan wanita walaupun isteri mereka sendiri. Ketakutan yang terlampau akan menyebabkan hormon seksual mereka tidak dapat berfungsi dengan baik. 

Ada beberapa faktor yang menyebabkan mereka mengalami masalah ini antaranya adalah sejarah silam mereka yang pernah didera oleh ibu tiri, pemikiran yang telah diracuni untuk membenci wanita atau sebagainya. Selain daripada itu, kekeliruan terhadap perasaan, sifat, tingkahlaku dan sebagainya juga menjadi punca mereka tidak berminat terhadap seks.


Berbeza pendapat terhadap pasangan- Apabila sesuatu masalah timbul seperti berbeza pendapat mengenai sesuatu perkara atau sebagainya, ada sebahagian lelaki yang suka menghukum pasangan mereka dengan tidak memberikan layanan yang diperlukan oleh seorang isteri. Mereka lebih selesa untuk menghabiskan waktu tidur di tempat lain sehingga konflik mereka dapat diatasi. 

Sebaiknya, lelaki yang mempunyai sifat seperti ini harus dihentikan kerana in tidak memberikan sebarang kebaikan terhadap hubungan rumahtangga.


Stress- Tekanan atau stress yang terlalu membebankan juga berkemungkinan menjadi punca kedinginan lelaki terhadap seks. Ia mungkin disebabkan oleh masalah kewangan, tempat kerja, keluarga atau sebagainya. Sekiranya seseorang mengalami stress ia harus diatasi dengan cepat supaya ia tidak mempengaruhi perhubungan anda.


Kurang tidur- Pada kebiasaannya, keinginan lelaki yang berusia awal 20-an untuk melakukan seks melebihi daripada minat tidur, tambahan pula jika baru saja melalui gerbang perkahwinan. Namun, apabila umur semakin bertambah, minat terhadap perhubungan juga akan semakin berkurang. 

Masalah ini memerlukan kerjasama antara dua belah pihak untuk memastikan hubungan mereka sentiasa gembira seperti awal-awal perhubungan dahulu. Sekiranya ia tidak bijak diatasi, pasti minat seks seorang lelaki akan semakin berkurang terhadap pasangan mereka.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin