Credit:Google
Untuk mencapai or meningkatkan kebahagian bukannye sesukar yang anda fikirkan. Semuanye bergantung pada diri anda sendiri untuk mencorak kebahagian yang anda impikan. Di sini di senaraikan 12 cara mudah untuk meningkatkan kebahagian yang maybe dapat membantu anda :)
Rangkaian sosial atau perhubungan adalah cara mudah untuk kebahagiaan hidup anda. Setiap manusia adalah berbeza-beza, terima mereka seadanya, cuba elakkan pertengkaran, perselisihan faham, pergaduhan, permusuhan dan pasti anda akan merasai nikmat kebahagian.
Bersyukur adalah satu sikap yang terpuji. Sekiranya anda sentiasa mempunyai sifat ini, pasti anda tidak akan pernah rasa kesal terhadap apa yang anda miliki sekarang. Ia juga membantu seseorang untuk lebih bersikap positif tanpa banyak memikirkan kekurangan diri masing-masing. Apabila anda bersyukur, pasti bebanan yang anda tanggung dapat dikurangkan dan ini membantu untuk kebahagian hidup anda.
Berita (akhbar/media masa) boleh memberikan anda tekanan, fokuskan kepada pencarian maklumat yang berunsur motivasi atau yang tidak melibatkan permasalahan.
Agama adalah penting untuk pegangan hidup seseorang. Dekatkan diri dengan agama dan pasti anda bahagia.
Uruskan masa anda dengan bijak. Masa adalah sesuatu yang bernilai yang tidak mampu dibeli dengan wang, jangan sia-siakan masa anda.
Ketawa adalah satu resipi kebahagiaan. Lakukan sesuatu yang mampu membuatkan anda ketawa, janganlah terlalu bersikap serius.
Luahkan perasaan anda, kasih sayang, persahabatan dan semangat kepada orang-orang di sekeliling.
Jangan sesekali pendam perasaan marah. Cuba luahkannya dengan cara yang betul tanpa menyakiti diri anda sendiri dan orang lain.
Bekerja keras memberi kepuasan peribadi. Ia juga mampu memberi keyakinan kepada anda untuk menyelesaikan tugasan yang perlu disiapkan. Apabila anda berkerja keras, pasti anda merasakan bahawa masa amat berharga.
Belajar adalah suatu perkara yang sangat menyeronokkan. Pastikan anda sentiasa belajar mengenai perkara baru pada setiap hari. Jangan sesekali menjadikan faktor umur sebagai alasan untuk anda berhenti belajar, kerana ia bermakna anda menghadkan kebahagiaan diri sendiri.
Berlari, berjalan, bersenam, beriadah adalah salah satu fungsi tubuh anda dicipta. Jangan sesekali mensia-siakannya. Nikmatilah setiap detik hidup anda.
Elakkan pendedahan terhadap unsur-unsur negatif seperti bunyi bising, kesibukan kerja, dan tempat-tempat yang terlalu ramai orang. Kerana ia akan mengganggu ketenangan hidup anda.
Sumber:Top5
0 comments:
Post a Comment