Kenalan Cinta

Tuesday, August 16, 2011

3 Tips Mudah Kebahagiaan Keluarga

 Credit:Google


Bagaimanakah untuk mengekalkan kebahagiaan didalam sesebuah keluarga? Untuk mencapai kebahagian ini, ibubapa perlu memainkan peranan yang penting untuk pembentukan anak-anak mereka sejak dari awal lagi. 


Anak-anak yang berasa bahagia sejak kecil biasanya akan menghargai kebahagiaan itu sepanjang hayat mereka. Jadi, perkara yang perlu dilakukan untuk kebahagian keluarga adalah..

 
(1) Banyak luangkan masa bersama anak-anak


Meluangkan masa bersama anak-anak adalah amat penting sebagai penentu untuk kebahagiaan sesebuah keluarga. Ini kerana anak-anak amat memerlukan perhatian daripada ibubapa, kerana daripada perhatian yang diberikan itulah mereka akan belajar mengenai nikmat kebahagiaan. Selain daripada itu, ia juga turut membantu untuk mengeratkan lagi antara hubungan suami dan isteri.


(2) Menghargai satu sama lain

Setiap manusia didalam dunia ini amat suka apabila merasakan diri mereka dihargai. Begitu juga terhadap ahli keluarga anda, sekiranya seorang suami mampu menghargai isteri, seorang ibu mampu menghargai anak dan sebagainya, pasti tidak mustahil untuk keluarga tersebut mengecapi kebahagiaan.


(3) Berikan penghargaan

Penghargaan tidak semestinya berbentuk materialistik sahaja, ia terpulang kepada kemampuan dan kreativiti masing-masing. Sebagai contoh apabila anak anda mendapat keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan, bawa semua ahli keluarga untuk makan diluar. Ia bukan sahaja akan meningkatkan kebahagiaan keluarga, malah akan memberikan inspirasi anak-anak yang lain untuk turut berjaya.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin