Kenalan Cinta

Tuesday, November 20, 2012

Puisi: Engkaukah Pilihan Hatiku....Terbit Dalam Utusan Sarawak

Pagi ni saya dapat calling dari Dewan Bahasa Dan Pustaka Sarawak. Puisi yang saya email mereka bulan July yang lepas sudah disiarkan dalam Utusan Sarawak pada 28th October 2012.

Saya fikir tak akan keluar, biasalah puisi biasa2 je. Summit puisi ni ke Dewan Bahasa Dan Pustaka saja nak try je. Syukurlah diterima. Tapi sayang tak dapat beli news masa keluaran tu...kalau tak, dapatlah baca komen mengenai penyampaian puisi saya tu. Apa pun saya dapat saguhati RM40....oklah tu.




Engkaukah Pilihan Hatiku

Dulu aku kecewa
Bila cinta pertamaku pergi
Pergi jauh tanpa menoleh lagi
Meninggalkan kenangan indah & duka


Kini cinta kedua muncul
Menyapa lembut hatiku
Cuba memiliki cintaku
Namun payahku menerimanya

Saturday, November 3, 2012

~♥~ Mengapa Membenci Cinta Itu?? ~♥~




Cinta itu kurniaan Ilahi. Dikala cintu itu dikurniakannya pada mu. Kamu menerimanya dengan ikhlas. Saat kamu berbahagia dengan cintamu, kamu memuji dan memuja cinta itu. Kamu menerima apa jua keadaan dengan jiwa yang kegirangan. Namun, tatkala Ilahi menarik semula kurniaan itu. Kamu membenci sesama sendiri. 

 
Bila cinta itu hilang, yang terputik dari jiwa kamu yang dulu bahagia adalah kebencian. Bukankah penderitaan itu juga kurniaan Ilahi. Untuk menguji sejauh mana kamu menerima takdirnya. Untuk merindui deraian air matamu tatkala kamu bermunajat dan berdoa kepadanya. 
 
 
Tidakkah kamu sedar. Perpisahan ini jua dari Ilahi. Untuk lebih mendekatkan kamu kepada Nya tatkala kamu semakin leka daripadannya. Kerana Ilahi takkan pernah melupakan hambanya. Ujiannya untuk menambah kemanisan dalam keimanan kamu kepadanya. Jadi.....MENGAPA MEMBENCI CINTA ITU?? ~ ♥
 

****YA ALLAH, ampunilah dosa hambu Mu yang lemah ini, lemah dan taksub dengan cinta keduniaan, menyintai si dia sehingga melupakan Mu....~ ♥
Blog Widget by LinkWithin