1. Kecantikan Dalaman~
Wanita yang tulen adalah wanita yang
lemah lembut dalam pewarakannya tetapi prinsip dan nilai hidupnya
begitu agung dan tinggi merantai dirinya.Itulah kecantikan dalaman yang
sukar ditandingi.
2. Keanak-anakan~
Lelaki suka
membela, menjaga, membimbing dan melindungi justeru mereka boleh
berperanan menjadi pelindung kepada mereka.Keperibadian wanita yang
manja keanak-anakan memang merupakan salah satu keindahannya namun
tidaklah berkeanak-anakan yang melampau kerana akan menunjukkan bahawa
diri wanita itu tidak matang.
3. Cantik~
NAFSU
mengatakan wanita cantik pada rupanya,AKAL mengatakan wanita cantik
pada ilmu dan kepandaiannya,HATI mengatakan wanita itu cantik pada
akhlaknya.
4. Berakhlak Mulia~
“Dunia adalah
perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang
solehah”Sebagai ibu, terukir di paparan dada.Sebagai isteri, pengubat
duka nan lara.Sebagai kekasih, dirindui saban ketika.Sebagai mujahidah,
berdiri dibelakang mujahidin.~Ciri-ciri wanita yang solehahTaat kepada
Allah.Berbuat baik kepada ibu bapa.Sentiasa taat dan berkhidmat kepada
suami dengan sepenuh hati.Menutup dan menjaga aurat.Tidak berhias
apabila keluar rumah.Tidak keluar bersendirian atau bersama lelaki
ajnabi kecuali bersama mahram.Berbuat baik dengan jiran tetangga.Suka
mempunyai anak yang ramai dan berusaha untuk mendidik mereka.