1. Kecantikan Dalaman~
Wanita yang tulen adalah wanita yang
lemah lembut dalam pewarakannya tetapi prinsip dan nilai hidupnya
begitu agung dan tinggi merantai dirinya.Itulah kecantikan dalaman yang
sukar ditandingi.
2. Keanak-anakan~
Lelaki suka
membela, menjaga, membimbing dan melindungi justeru mereka boleh
berperanan menjadi pelindung kepada mereka.Keperibadian wanita yang
manja keanak-anakan memang merupakan salah satu keindahannya namun
tidaklah berkeanak-anakan yang melampau kerana akan menunjukkan bahawa
diri wanita itu tidak matang.
3. Cantik~
NAFSU
mengatakan wanita cantik pada rupanya,AKAL mengatakan wanita cantik
pada ilmu dan kepandaiannya,HATI mengatakan wanita itu cantik pada
akhlaknya.
4. Berakhlak Mulia~
“Dunia adalah
perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang
solehah”Sebagai ibu, terukir di paparan dada.Sebagai isteri, pengubat
duka nan lara.Sebagai kekasih, dirindui saban ketika.Sebagai mujahidah,
berdiri dibelakang mujahidin.~Ciri-ciri wanita yang solehahTaat kepada
Allah.Berbuat baik kepada ibu bapa.Sentiasa taat dan berkhidmat kepada
suami dengan sepenuh hati.Menutup dan menjaga aurat.Tidak berhias
apabila keluar rumah.Tidak keluar bersendirian atau bersama lelaki
ajnabi kecuali bersama mahram.Berbuat baik dengan jiran tetangga.Suka
mempunyai anak yang ramai dan berusaha untuk mendidik mereka.
5. Berpegang pada agama~
“Dikahwini wanita itu kerana 4 perkara, kecantikannya, hartanya, keturunannya, dan agamanya. Pilihlah yang paling beragama”
6. Dari keturunan yang baik-baik.~
Seorang
wanita yang dari keturunan yang baik2 mudah diterima lelaki. Namun
wanita yang berasal dari keturunan yang hina seperti anak zina atau
sebagainya tidak wajar merasakan dirinya tidak layak menjadi wanita
idaman. Islam mengangkat tinggi umatnya yang bertaubat dan sentiasa
memperbaiki diri kerana taqwa menjadi darjat kemuliaan disisi Allah.
7. Bijaksana~
Saidatina
Aisyah r.a. merupakan seorang tokoh intelektual terbilang. Sebanyak
2210 hadis sahih berjaya diriwayatkan selama 9 tahun hidup bersama
Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan fuqoha’ (ahli hukum) Madinah yang
unggul dan juga berpengetahuan dalam bidang perubatan.~Wanita idaman
lelaki ialah wanita yang pandai tetapi tidak menunjuk-nunjuk
pandai kerana ianya mencabar ego lelaki lalu menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.
8. Tidak mempamerkan keseksian~
“Wanita
yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian
lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti
punuk (bonggol) unta, mereka itu tidak akan masuk syurga”
(Hadis Riwayat Muslim)
9. Tidak Cerewet~
Wanita yang cerewet boleh merimaskan lelaki dan mudah menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.
10. Memahami lelaki~
Contoh:
Yang berlaku: “Itulah abang! Asyik bekerja aje. Mementingkan diri
sendiri… Tak ingat nak balik rumah… Tak abis-abis layan kawan.. kawan..
kawan… Hal rumah ni takkan nak suruh saya buat sorang!”Yang sebenarnya
berlaku: Di pejabat, bos sambung meeting hingga pukul 7 malam. Singgah
solat Maghrib di masjid. Ada penceramah idola. Dengar ceramah sehingga
solat isyak. Dalam perjalanan pulang, kawan lama telefon minta jumpa
di warung ada hal penting katanya. Pukul 10 malam baru sampai di rumah.
11. Tidak terlampau cemburu~
“Tidak
boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah
dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan dijalan Allah dan orang yang
dikurniakan ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan hukum berpandukan
ilmunya (al-Quran dan Hadis) serta diajarkan kepada orang lain”
(riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
12. Sejuk mata memandang.
~Bersopan-santun, sentiasa memaniskan muka~ Sentiasa senyum~Menutup aurat~Ramah dan mesra~Menundukkan pandangan.
13. Pandai menaikkan semangat dan bermotivasi~
Lelaki lebih tertarik untuk mencari wanita yang pandai menaikkan semangat dan bermotivasi ketika dia memerlukannya.
14. Canggih~
Wanita
yang pandai menyesuaikan diri dengan arus perkembangan semasa tetapi
masih mengekalkan ciri-ciri wanita Islam yang berakhlak mulia dan
menutup aurat.
15. Mempunyai persamaan yang bermakna~
Suatu
hari,Imam Malik hairan melihat burung merpati dan gagak berkumpul
bersama. Dengan spontan beliau berkata,”Kedua-duanya bersatu padahal
jenisnya tidak sama”. Ketika burung itu terbang,beliau melihat keduanya
masih ada persamaan iaitu kedua-duanya cacat. Lalu beliau
berkata,”Sebab itulah burung itu dapat bersatu”.
16. Pemaaf~
Wanita
yang suka mendahului meminta maaf walaupun dirinya tidak bersalah
digambarkan mempunyai peribadi yang unggul dan mudah disayangi.
17. Seimbang~
Seimbang dari sudut pergaulan, keagamaan, pengurusan diri, dan pengurusan masa.
18. Berkeyakinan diri
19.
Mempunyai ‘body language’ yang baik.(Diulangi, body language ye,samada
cara percakapan,kawalan diri di hadapan org ramai dan sbgnya.Yang
penting bukan bentuk body seseorang wanita itu yg jd ukuran..:p)
note: Rujukan : Petua Membuat Orang Jatuh Cinta ~ (DATO’ DR. FADZILLAH KAMSAH, HAJI MUHAMMAD ZAKARIA, FATIMAH SYARHA NOORDIN)
2 comments:
Mantap sekali
Aladin88 adalah Master Agen Betting Online Terpercaya. Kami menyediakan jasa pembuatan account betting online dari permainan SBOBET, IBCBET, 368BET (CMDBET), Winnning FT, Ubobet, SBO Casino 338a, Ion Casino, CBO855, Tangkasnet, Tangkas88, 9Joker, Klik4D, Isin4D, dan AsiaPoker77.
YM: cs1.aladin88@yahoo.com
Pin BB: 2B1D5AD1
WeChat : aladin88cs
Whatsapp: +855962761968
SMS: + 6281287457208
Post a Comment