Credit: Google
Pemberian sesuatu cenderahati tak semestinya sesuatu yang mahal & boleh dibeli di mana-mana shopping complex di seluruh dunia. Anda tidak perlu membeli cenderahati ini malah boleh menghadiahkannya pada setiap saat dan hari. Namun begitu, kelapan-lapan cenderahati ini adalah yang paling terindah dan tidak ternilai bagi orang-orang yang anda sayangi.
Kehadiran orang yang dikasihi ialah satu cenderahati yang tidak ternilai harganya. Selain itu, anda juga boleh menggunakan cara berutus surat, telefon,gambar atau faks. Sekurang-kurangnya anda sentiasa berada disisinya. Anda dan dia dapat berkongsi perasaaan, perhatian dan kasih sayang secara lebih utuh dan intensif, Oleh yang demikian, kehadiran yang anda wujudkan juga adalah sangat penting. Jadikanlah kehadiran anda sebagai pembawa kebahagiaan.
2)Mendengar.
Tidak ramai yang mampu memberikan cenderahati ini, sebab kebanyakan orang lebih suka didengarkan daripada mendengarkannya. Sejak dari dahulu lagi kita ketahui bahawa sikap saling sedia memdengar amat diperlukan untuk keharmonian dalam hubungan sesama manusia.
Berikan cenderahati ini untuknya, dengan mendengar segala curahan hatinya terhadap anda. Secara langsung anda juga telah mewujudkan kesabaran dan sikap rendah hati. Untuk menjadi pendengar yang baik, pastikan anda dalam keadaan betul-betul selesa dan boleh menangkap setiap apa yang akan disampaikan. Tataplah wajahnya. Tidak perlu mencela, mengkritik, apalagi mengulasnya. Biarkan dia yang menjelaskannya. Ini memudahkan anda memberi tanggapan yang tepat selepas itu. Tidak perlu berbincang atau membuat penilaian. Sekadar ucapan terima kasih pun, sudah cukup memadai untuknya.









