Kenalan Cinta

Thursday, January 28, 2010

Cinta Semakin Hambar...Kenapa??



Di awal bercinta semuanya akan bahagia dan sempurna. Masing-masing boleh bertolak ansur. Setiap kesilapan yang berlaku begitu mudah untuk dimaafkan. Namun usia percintaan menjadi semankin matang ada diantara kamu yang perhubungan cintanya mula menjadi goyang.

Pelbagai masalah yang dihadapi membuatkan kamu dan sidia pantang bertemu, pasti ada saja yang tidak kena. Semestinya kamu binggung menghadapi situasi begini. Mahu diputuskan didalam hati masih ada sayang dan cinta. Namun andai diteruskan ada hati yang merana dan sengsara. Usah bersedih, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya tetapi sebelum itu semak dulu perkara-perkara berikut yang sering menjadi punca hubungan jadi hambar.

1. Bosan
Setiap masa berjumpa kamu dan sidia tidak pernah ada aktiviti lain selain aktiviti yg selalu bila keluar kamu lakukan bersama seperti menonton wayang dan pergi makan. tidak pernah sekali pun kamu berdua mengambil inisiatif pergi ketempat yang lebih menarik, alasan yang diberikan tidak ada “budget” (budget ini boleh diatasi dengan cara bertolak ansur, kamu berdua bukankah sudah berkerjaya so apa kata kamu kongsi berdua, bukan untuk org lain tapi untuk kamu, si dia dan percintaan kamu tentu hidup kamu juga lebih meriah dan tidak bosan bukan )

Monday, January 25, 2010

Cinta Datang Lagi



Betulkah CINTA datang lg di hati ini?
Aku sdiri pun tk pasti.
Aku masih keliru dgn hati ini.
Aku takut perasaan ini hanya sementara sj.
Hanya mainan perasaan.
Mainan kala sunyi bteman di jiwa yg tluka.
Entahlah...Aku pun tk tahu.
Biar ms sj menentukan segalanye.
Yg aku tahu CINTAku Bukan Cinta Biasa...hehehe..jom layan lagu.



Sunday, January 24, 2010

Tips Lupakan Bekas Kekasih



Bukan senang nk melupakan kekasih lama yg amat disayangi tapi sampai bila nak mgenang org yg dah pergi meninggalkan kita tanpa menoleh walaupun seketika. Memang senang nak cakap, nak buat memang payah sekali. But why not we try, utk melupakannya & menerima cinta baru yg mungkin lebih baik dari dulu. Kalau tak cuba mana taukan?

So, hari ni sy nak berkongsi tip untuk melupakan bekas kekasih yang satu ketika dahulu dialah insan yang paling disanjungi. Berikut adalah beberapa tuntunan yang perlu dilakukan apabila hati kamu masih tidak aman.

Anda bersedia melupakannya bila…

Menghapus kenangan bersama si dia
Setiap perkara yang dilakukan akan membuatkan kamu mengingatinya kembali. Singkirkan dia daripada lamunan dirimu dan simpan foto-foto kamu berdua mahupun hadiah-hadiah pemberiannya di satu tempat yang lebih jauh dari jangkauan dan pandangan mata.
Blog Widget by LinkWithin