Kenalan Cinta

Showing posts with label calon. Show all posts
Showing posts with label calon. Show all posts

Monday, July 12, 2010

Panduan Kenali Pasangan Anda

 Credit:Google


JIKA anda inginkan rumah tangga yang berjaya, anda perlu bersikap realistik dan terbuka. paling penting ketahui pelbagai perkara mengenai pasangan anda sama ada menerusi teman atau keluarganya.

Lihat persamaan

Lihat ciri keperibadian yang diingini

Jika anda menyukai keadaan yang kemas dan tersusun, maka amat penting anda memilih pasangan yang menyanjungi ciri ini serta menggunakannya untuk mengukuhkan lagi ikatan perkahwinan.


Lihat keserasian

Antara ciri yang amat penting dalam memilih pasangan adalah keserasian dalam keperluan kedua-dua pihak. Contohnya, dalam pergaulan sosial. Jika anda suka menghadiri majlis sosial (contohnya, majlis makan malam) tetapi pasangan anda tidak menyukainya, ia berkemungkinan menimbulkan pertelingkahan.


Lihat dan sahkan kekuatan serta kelemahan masing-masing

Lelaki yang menganggap dirinya lemah dari segi menguruskan rumah cenderung menganggap bakal isterinya berkebolehan dalam hal berkenaan tanpa memastikannya terlebih dulu. Ia sama seperti wanita mengandaikan bakal suaminya pandai membaiki peralatan rumah yang rosak. Andaian sebegini mempunyai risiko kerana lelaki dan wanita masa kini cenderung memiliki minat yang berbeza.

Blog Widget by LinkWithin