Kenalan Cinta

Showing posts with label hajat. Show all posts
Showing posts with label hajat. Show all posts

Wednesday, November 24, 2010

Petua Untuk Mendapat Jodoh - Part 1

Credit:Google

Semua orang mengimpikan bertemu jodoh yang baik dan seterusnya mendirikan mahligai yang diimpikan bersama dengan diserikan putera puteri bukti cinta dan kasih yang terbina dalam hubungan cinta suci itu. Namun dalam proses mencari jodoh, maybe pelbagai dugaan dan halangan yang kita tempuhi. Adakalanya kita akan kecundang. Tapi janganlah berputus asa. Tanpa usaha, tiada berhasil sesuatu yang kita lakukan or kehendaki.


Yang penting lepas berusaha, berdoa dan bertawalkal kepada Allah. Mudahan semuanya berjalan dengan baik dan apa yang kita hajatkan tertunai hendaknya. So, bagi memudahkan anda mencari jodoh terbaik untuk diri anda, anda bolehlah try tips2 dibawah ini. Mana tahu ia dapat membantu anda serba sedikit dalam menuju ke gerbang perkahwinan yang diimpikan.


Pilihlah mana-mana amalan yang anda suka untuk diamalkan atau anda juga boleh lakukan kesemuanya sekali sekiranya mampu.


1. Membaca surah Yaasin setiap malam sebab dalam satu hadist nabi bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman.

Wednesday, July 15, 2009

Cara Memikat Isteri

Dlm brumahtangga, mmg byk liku2 yg kita akan hadapi. Sbb itu kita harus btolak ansur, agar hubungan antara suami isteri msh erat mcm ms bcinta2 dulu.

Sebut ms bcinta ni, msh ingat ke anda terutama para suami...saat mula2 memikat isteri anda dulu? Mcm2 carakan nk memikat hati si dia. Tp jgn lupa lepas brumahtangga juga anda harus terus memikat hati si dia agar cinta ttp bsemi selamanya.

Nk tahu mcm mn caranya...baca tips dbwh ini:




Isteri bukan amah


Guna budi bicara ketika meminta pertolongan isteri, jangan asyik
mengarah sebaliknya suami berehat dengan membaca akhbar atau
menonton televisyen saja. Jika isteri bekerja, suami patut lebih
bertimbang rasa kerana isteri bukan robot, mereka juga penat dan
perlu berehat selepas seharian di pejabat.

Ingat tarikh penting

Manusia memang suka dihargai, apatah lagi jika insan itu isteri
kita. Bayangkan bagaimana gembira hati isteri anda jika suami
sentiasa mengingati tarikh perkahwinan dan hari jadi isteri.

Namun, kebanyakan lelaki hanya ingat tarikh hari jadi isteri ketika
berkasih malah tidak sanggup untuk menghantar bunga walaupun
tarikhnya masih jauh.

Kebanyakan isteri tidak terlalu mengharapkan hadiah yang mahal untuk
kenangan malah jika anda ikhlas, sekeping kad dan sedikit catatan
sudah memadai untuk menyatakan rasa sayang kepada isteri.

Bantu ringankan tugas isteri

Jika isteri sibuk dan bertungkus-lumus menguruskan rumah tangga, apa kata anda meringankan tulang dengan membantu sama ada membancuh susu untuk anak atau membasuh pinggan. Buatlah kerja dengan ikhlas, pasti isteri akan gembira.

Bawa isteri berehat

Ada suami ketika menjadi kekasih, setiap minggu membawa pasangannya ke tempat menarik malah sanggup berhutang untuk menggembirakan kekasihnya.

Tetapi, selepas berkahwin, jarang pula berbuat demikian.

Walaupun membawa isteri berehat mungkin remeh-temeh tetapi wanita akan mengingati dan menghargai perkara itu, bukan asyik terperap di rumah walaupun cuti hari minggu.

Ciuman khas untuk isteri

Bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri? Tahukah ciuman di
dahi atau di bibir isteri dapat menghilangkan segala kepenatan dan
tekanan dilaluinya pada hari itu. Begitulah kuat kuasa ciuman suami.

Beri pujian kepada isteri

Anda masih ingat bagaimana taktik untuk memikat. Tentu sekali anda
memuji kekasih anda cantik, malah pantang berjumpa itulah perkataan
pertama yang keluar.

Tetapi selepas berkahwin, susah pula untuk mengeluarkan perkataan
itu, seperti terkunci. Naluri manusia memang suka dipuji, begitu
juga isteri anda.

Dengar pendapat isteri

Jika ada masalah, selesaikan dengan berbincang. Jika isteri
mempunyai pendapat mengenai pendidikan anak atau kerjaya, dengar
dengan penuh minat, bukan membuat kerja lain. Ada suami tidak boleh
menerima pendapat isteri, jadi tanya diri sendiri, bagaimana pula
jika isteri tidak dapat mendengar pendapat lelaki.

Penuhi hajat isteri

Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi tetapi sesekali apa salahnya
untuk menghargai mereka selepas apa yang dilakukan untuk mengemas
rumah dan menjaga anak-anak.

Mungkin suami tidak pernah memberikan isteri pakaian yang cantik
walaupun isteri cuba menyindir. Jadi, apa salahnya berbuat demikian
dengan menghadiahkan isteri baju kurung sempena Aidilfitri.

Moga Hubungan Suami Isteri Kekal Selamanya!!!
Blog Widget by LinkWithin