Kenalan Cinta

Showing posts with label ikhlas. Show all posts
Showing posts with label ikhlas. Show all posts

Friday, August 26, 2011

Salam Aidilfitri 2011


….. 
Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi…
Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa…
Dalam kelembutan lisan, ada keterlanjuran kata…
Dalam gurau dan senda, ada khilaf dan dosa…
Harap dimaafkan segalanya.

“Selamat Hari Raya Aidilfitri – Maaf Zahir dan Batin”

Salam Ikhlas,

Rahmah serta keluarga
'Bicara Sentuhan Cinta'

Sunday, May 30, 2010

10 Perkara ELAKKAN Dalam Bercinta


 Credit:Google


Cinta memang tidak pernah mengenali sebarang hukum, peraturan mahu pun undang-undang. Hanya kerana cinta, manusia sanggup melakukan apa sahaja. Dan kerana cinta jugalah, manusia mudah hanyut dibuai perasaan dan tidak menyedari rupanya ia mengundang padah. Berhati-hati dengan setiap perkara yang kamu lakukan.


Bercinta kerana simpati dan kasihan.

Kamu tidak akan menjadi dewi/dewa penyelamat jika memaksa diri menerima cinta si dia! Perasaan ikhlas dan jujur itu semestinya tidak akan wujud dalam diri andai ia menjadi penyebab mengapa kamu sudi bertaut cinta bersama si dia.


Melirik kepada jejaka/gadis lain.

Cinta bukanlah penghalang untuk kamu meluaskan pergaulan, namun harus ada batasan tertentu. Walaupun niat kamu hanya sekadar cuci mata dengan melirik pandangan pada jejaka / gadis lain, ia boleh membawa kepada kecurangan.

Saturday, May 8, 2010

Ganjaran Pengorbanan Isteri & Ibu.....Bonda, Selamat Hari Ibu



Credit:Google
 
 
Selamat Hari ibu buat ibu2 di seluruh dunia terutamanya buat ibu saya. Terlalu banyak pengorbanan telah ibu lakukan, tak terkira nilainya. Diri ini tak mampu nak membalas segala perit & susah payah ibu sepanjang mendidik kami. Doa kami, moga ibu sentiasa sihat & ceria selalu.
 
 
Menjadi seorang ibu & isteri memang banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Namun setiap pengorbanan pastinya ada ganjaran yang diberi. Yang penting kita tulus & ikhlas melakukan tanggungjawab sebagai seorang ibu & isteri.


Berikut ganjaran pengorbanan isteri & ibu sebagai renungan bersama, semua ini adalah ganjaran oleh Allah s.w.t bagi yang ikhlas melaksanakannya dengan hati terbuka.

 
* PAHALA WANITA MENGANDUNG

Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan daripadanya 1,000 kejahatan.

Sunday, October 4, 2009

Tanda Kekasih Curang




PERNAHKAH terfikir orang yang kita sayangi mula berubah hati? Jika sebelum ini dia kerap menghubungi bahkan sentiasa punya masa dan bersedia membantu, kini segalanya sudah berubah.

Ramai yang sering mengandaikan kekasih yang dicintai tidak akan berlaku curang. Namun, tahukah bahawa sudah lumrah alam manusia menyukai dan lebih tertarik kepada sesuatu yang lebih baik daripada yang sedia ada?

Lantas, insan paling rapat dengan diri pun tidak boleh dipercayai kesetiaannya 100 peratus. Kita mungkin mencintainya sepenuh hati tetapi adakah si dia juga begitu atau hanya berpura-pura?

Berikut keadaan yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk mengesan si dia mula ‘memasang’ yang lain atau petanda awal mengesan kecurangan pasangan:

# Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda.

Lazimnya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama. Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting. Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada masalah sedikit’.

Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kerana mungkin si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan ‘kekasih gelap’ atau sekadar di pinggiran.

# Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika bertemu janji dengan anda.

Asyik bertemu janji dan berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah. Ada-ada saja sakitnya, sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa hendak demam serta pelbagai alasan sakit sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk jatuh sakit. Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin pulang sendirian.Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri daripada anda.

# Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama.

Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar sama ada menonton wayang, makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan 1,000 alasan.Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.

# Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda

Si dia berubah sikap daripada seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai.Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda. Paling teruk jika si dia sudah tidak segan-silu menengking atau memaki hamun anda disebabkan perkara kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan.Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tidak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita.

# Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya tetapi si dia tidak membenarkan anda memegang apatah lagi membelek telefonnya.

Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya sama ada sistem pesanan ringkas, nama pemanggil mahupun simpanan nombor telefonnya.Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda. Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut berasa curiga.Pada awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Sentiasa mengambil berat dan menelefon walau untuk bertanya sudah makan atau belum.Jika suatu hari tidak mendengar suara anda, pasti si dia resah. Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk.

# Tidak lagi rajin menelefon anda

Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.
Blog Widget by LinkWithin