Nak hadiah yang paling berharga dalam hidup..:)
Kita ni kalau nak bagi hadiah kat member or orang tersayang, pasti cari hadiah sesuatu yang nampak or dapat dibeli dengan wang ringgit. Betul tak? Kalau tak beli, tak boleh ke? Just bagi hadiah lain yang tak perlukan sesen duit pun, hanya pemberian ikhlas dari hati. Dan hadiah yang macam nilah yang sering kita lupai. Apakah hadiah yang sering dilupai itu?
Ini dia...... senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.
1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.
2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.