Kenalan Cinta

Showing posts with label lelaki. Show all posts
Showing posts with label lelaki. Show all posts

Saturday, February 25, 2012

6 Fakta Apabila Usia Anda Mencecah 40-an



Sekiranya anda dipanjangkan umur, pasti anda akan melalui saat ini tidak kira samaada anda baru sahaja berumur belasan tahun sekarang. Tiada siapa yang mampu dapat mengelak daripadanya. 


Berkemungkinan sifat-sifat anda akan berubah tanpa anda sendiri sedari. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, antara beberapa perubahan apabila usia anda mencecah 40 tahun adalah..


(1) Matlamat utama akan berubah- Berkemungkinan jika sebelum ini matlamat utama anda adalah untuk mencari kekayaan sebanyak mungkin, berseronok atau sebagainya, tetapi apabila anda sudah mencecah usia 40 tahun, matlamat anda yang terdahulu akan mula berubah sedikit demi sedikit. 


Anda mula memikirkan untuk lebih mendalami ilmu agama, lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga dan melakukan aktiviti yang lebih kepada memberi ketenangan dan bukannya kepuasan.

Saturday, November 12, 2011

3 Cara Untuk Memahami Mood Lelaki

Credit:Google


Jika wanita sememangnya sudah terkenal dengan waktu dimana mereka akan cepat marah, tidak ceria, dan mood tidak baik terutamanya ketika mereka datang bulan (haid), lelaki juga mempunyai masa yang sesuai yang perlu difahami. 


Faktor ini disebabkan oleh pengaruh hormon yang akan mempengaruhi emosi seseorang tanpa kita sendiri sedari. Jadi apakah cara terbaik untuk memahami mood lelaki?


Sekiranya anda ingin mengajak mereka berjalan atau membantu menyelesaikan sesuatu tugas, minta bantuan mereka antara pukul 9-12 pagi- Lelaki yang baru sahaja bangun tidur akan dipengaruhi oleh hormon testosteron, yang akan membuatkan mereka berasa aktif. Hormon ini akan membantu menaikkan semangat mereka untuk menjadi hero pada anda. Sekiranya anda ingin meminta bantuan mereka untuk mengubah almari baju, sofa atau barangan berat yang lain, dinasihatkan meminta bantuan pada waktu ini.

Blog Widget by LinkWithin