Kenalan Cinta

Saturday, January 29, 2011

Petua Untuk Luahkan Rasa Cinta

Luahkan rasa cinta anda itu.


Kalau anda menyayangi seseorang dan dah mula terbit rasa cinta dihati, luahkanlah ia. Jangan simpan di dalam hati. Mana tahu dengan meluahkan perasaan cinta anda itu, akan membawa episod bahagia dalam hidup anda. Jika sebaliknya, janganlah bersedih hati sebab masih ada insan lain menanti anda.


Jadi, bagi anda yang malu2 or masih mencari cara2 untuk meluahkan rasa cinta anda itu. Anda bolehlah try petua di bawah ini. Selamat mencuba ye!!


Ungkapkan cinta dengan sesuatu - Ungkapan cinta tidak hanya dengan ucapan, tetapi seharusnya ada elemen lain, misalnya, selitkan bersama sesuatu yang amat digemarinya. Jika anda lelaki, berikan si gadis bunga mawar atau cincin, kerongsang. Jika anda perempuan, cukup dengan senyuman dan kata cinta.


Ungkapkan cinta secara langsung - Si dia akan lebih menghargai jika anda berbicara secara langsung. Jangan mengatakan cinta melalui perantara seperti teman, telefon, surat atau e-mel.

Tuesday, January 25, 2011

Mengatasi Tekanan Perasaan Mengikut Cara Islam

Aaa tensionnye!!


Sekarang zaman semakin berubah, tekanan dan stress boleh kita alami di mana2 sana. Tak kira disebabkan oleh masalah kerja mahupun family, keadaan kehidupan sekarang juga menekan hidup kita.


Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.


Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan bertujuan bagi mengurangkan tekanan :-


Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.

Tuesday, January 18, 2011

Petua Menyekat Suami Main Mata Dengan Wanita Lain, Wajib Baca - Khas Buat Para Isteri

Credit:Google


Wahai para isteri, kalau anda sayangi suami anda dan ingin dia sentiasa setia dengan anda. Apa kata ikuti beberapa petua di bawah ini, sebagai panduan dalam kehidupan anda sebagai isteri idaman suami.


1.  Layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan kerana ia boleh membangkitkan semangat dan suami berasa dihargai. Tetapi jangan sekadar bercakap, isteri harus buktikan dengan perbuatan. Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba, sekiranya di katil isteri berdengkur kuat seperti bom, tanpa sedikitpun menghiraukan perasaan suami yang seperti gelora tsunami.


2. Wanita pada usia 40 hingga 45 tahun masih cantik dan menawan. Mungkin tidak secantik gadis belasan tahun, tetapi jika bijak mendandan diri, suami pasti tidak  menjeling pada orang lain.


3. Isteri jangan membiarkan rambut menggerbang macam penunggu pohon beringin, dahi berkerut, bibir berkedut, tanpa bedak serta tanpa gincu, dan pipi pula berminyak semacam.
Blog Widget by LinkWithin