MALAM pertama adalah satu cabaran jika pasangan berkenaan tidak berpengalaman berasmara. Jika pasangan wanita selama ini menyimpan kesuciannya untuk jejaka idaman, pasti malam pertama memberi makna kepadanya apabila dapat memberi anugerah yang sangat bernilai itu kepada pasangannya dan mereka mengecapi gelora malam berkenaan.
Untuk menikmati malam pertama yg indah anda boleh cuba petua berikut:
- Langkah pertama mesti datang dari suami.Dalam hubungan ini orang lelaki mesti bertanggungjawab.
- Suami mula dengan cerita yang memuji kecantikan dan peribadi isteri.Fokus kepada cerita itu sahaja.Sekiranya diubah cerita kepada halehwal yang lain seperti politik misalnya ,keghairahan tidak dapat di capai.
- Belai isteri mengikut keselesaan nya bukan keselesaan suami.Fokus di sini adalah membangkitkan dahulu keghairahan isteri.
- Pastikan isteri mencapai klimaks dahulu ketika asmara.Apabila isteri meminta barulah suami berikan.
- Semasa belayar lakukan dengan penuh keikhlasan,jangan bayangkan anda sedang meniru adegan yang anda pernah lihat dalam filem ‘blue’.Pelayaran ini adalah pelayaran anda.Anda adalah nakhoda yang mulia.
- Apabila agak hendak sampai penghujung,berilah isyarat (mendesah) supaya isteri sama-sama akan melabuhkan pelayaran malam pertama itu.Dengan ini kedua-dua anda akan berpuas hati pada malam tersebut.
Selamat berbahagia hingga ke akhir hayat bagi pengantin baru & pengantin lama juga. Moga berkekalan hingga ke anak cucu & selama hayat dikandung badan.
0 comments:
Post a Comment