Memang payah nak kenali hati dan cinta seseorang, sebab kadang-kadang apa kita rasa itu betul. Sebenarnya tak semua betul. Tapi tak pelah, asalkan jangan buruk sangka sudahlah. Untuk kenali hati & cinta lelaki mungkin agak sukar sikit dari perempuan. Entahlah. Apa2 pun kita baca entry ni, mana tau kita boleh tau sikit2 mengenai hati & cinta seorang lelaki.
Romantis
Dalam persahabatan, segelintir pendapat mengatakan bergaul dengan lelaki sebenarnya lebih mudah berbanding bersahabat dengan golongan Hawa. Mungkin kerana lelaki itu sifatnya mudah bertolak ansur, lebih telus dalam persahabatan atau lebih berterus-terang dan tidak menyimpan perasaan terhadap sesuatu perkara.
Namun dalam soal cinta dan perhubungan serius yang menyangkut soal hati, bagaimana? Seperti kata ahli sosial, jika anda pandai menelusuri hati lelaki, sebenarnya jalan menuju kebahagiaan lebih mudah.
Jika anda ingin mencari cinta sejati, anda sendiri harus mengenali hati dan keperibadian mereka supaya hubungan itu lebih mudah.
Berikut diperturunkan 14 perkara yang bersangkutan dengan golongan Adam supaya anda lebih peka mengenai beberapa perkara mengenali mereka.