Feng Shui makin popular di kalangan masyarakat sekarang kerana ia tidak hanya untuk rumah atau pejabat saja Tapi juga untuk mendapatkan jodoh ataupun sekadar menjalin hubungan. Emm...macam mana caranya ye? Jom baca post di bawah ni lebih lanjut:
1. Fokuslah pada arah barat daya
Menurut apa yang diyakini nenek moyang pada zaman dahulu kala arah yang baik saat Anda berusaha menjalin hubungan adalah barat daya, nombor yang sesuai adalah 2, bentuk yang bagus adalah bujur sangkar atau lingkaran, warna yang sesuai iaitu kuning. Mungkin inilah alasan mengapa mengikatkan reben kuning utuk menyampaikan pesan cinta pada seseorang.
Buatlah area romantis di sudut sebelah barat daya tempat tidur Anda. Pindahkan bakul sampah, baju ataupun buku dari sudut tersebut. Lalu tempatkan foto, gambar, suvenir atau apapun yang menggambarkan keceriaan sepasang kekasih. Misalnya foto ayah dan ibu saat merayakan ulang tahun perkahwinan atau foto Anda bersama pasangan.
2. Lilin dan bunga
Jika Anda masih single, letakkan 2 lilin merah atau kuning pada sudut kamar. Ambillah bunga-bunga yang melambangkan perkahwinan. Gubah dan letakkan dekat tempat tidur atau di luar ruangan agar Anda segera mendapatkan pasangan yang cocok. Jika Anda telah menikah, letakkan gubahan bunga di ruang tengah. Ingat jangan di kamar tidur.
Hiasi dengan miniatur porselin doll cina, phoeniks atau naga (simbol kebahagiaan saat menikah). Boleh juga dengan meletakkan vas bunga atau hiasan bermotif bola-bola cinta di atas meja atau sudut sebelah barat daya.
Hal lain yang boleh anda letakkan di sudut sebelah barat daya iaitu : seramik, kerang ataupun barang-barang yang terbuat dari unsur bumi. Semuanya akan lebih baik jika diletakkan berpasangan.
Hal yang sebaiknya tidak Anda lakukan iaitu :
1. Jangan meletakkan unsur air (misalnya kolam ataupun air terjun) disisi yin pintu depan. Sisi yin adalah sisi kanan pintu rumah. Ini akan menghalangi Anda memperoleh pasangan.
2. Jangan meletakkan gambar 3 orang di sebelah barat daya kamar tidur.
3. Jangan meletakkan barang dari kayu atau yang berwarna hijau di sebelah barat daya. Kayu akan merosak elemen bumi saat menjalin hubungan.
Atau anda juga boleh meletakkan barang dari kayu, berwarna hijau, unsur 3 ataupun memajang naga di sebelah timur untuk menjaga keharmonisan keluarga. Sedangkan untuk sebelah barat laut anda dapat menghiasinya dengan barang dari perak, tembaga atau unsur 6 untuk mempermudah hidup anda.
Pada sisi barat anda boleh menambahkan barang dari emas, metalik atau unsur 7 untuk menjalin kerjasama yang baik.
Sebelum Anda menerapkan feng shui untuk jodoh, terlebih dulu Anda harus berkonsentrasi dan menentukan seperti pasangan yang ideal untuk Anda. Dan yang perlu diingat, lakukan feng shui dengan sepenuh hati dan kerahkanlah seluruh kemampuan Anda.
4 comments:
u wrote this urself? nice
hehe..
xpnah plak ekot feng shui2 ni..
ngahaha, takde umah lagi nak ikot feng shui nie.. yang penting blik aku kemas.. haha!
notlah...ok tq 4 visit
Post a Comment