Tak tergambar oleh kita betapa besar dan sucinya kasih seorang ibu terhadap anaknya. Sejak dalam kandungan, ibu menanggung segala kesakitan dengan penuh kesabaran. Begitu juga selepas kita dilahirkan, ibu mengasuh dan menjaga dengan penuh kasih sayang yang tak berbelah bagi.
Kita sebagai anak, tak akan mampu membalas jasa ibu yang selama ini membesarkan kita sehingga dewasa. Walaupun beribu, berjuta wang dipertaruhkan. Ia masih tak mampu membalas jutaan kasih ibu yang memang tak ternilai harga dan semestinya tiada apa pun di dunia ini dapat membeli kasih seorang ibu.
Credit:Google
Persoalannya sekarang, masih adakah kasih sayang di hati seorang ibu terhadap anaknya? Emm....kasih sayang ibu terhadap anak memang tak akan pupus begitu saja walaupun di telan oleh arus permodenan. Namun tidak mustahil jua, ada setengah manusia yang sanggup berlaku kejam apabila jiwa tertekan.
Contohnya pada zaman sekarang, terlalu banyak kisah yang terpapar di dada suratkhabar mengenai kes pembuangan bayi yang tak berdosa. Dan yang paling kejam sekali, bukan saja ibu yang melahirkan bayi tu membuang bayi tapi juga bertindak membunuh bayi tersebut. Cuba fikir, apakah yang berada di fikiran mereka agaknya ketika itu? Apa2 pun tepuk dada, tanya minda anda.
Nukilanku: RMH
Nukilanku: RMH
0 comments:
Post a Comment