
Dalam mengeratkan hubungan bahtera perkahwinan kita harus pandai menyemarakkan hubungan cinta dan sayang dalam diri kita. Agar bahtera yang terbina sentiasa harum dan segar dengan kasih sayang serta seolah2 mahligai yang didirikan seperti mula2 mendirikan rumahtangga.
Memang tak dinafikan, cinta akan beransur suram apabila bahtera perkahwinan menjangkau usia tapi kita harus pandai untuk menyemarakkannye balik dan jangan biarkan ia terus hanyut begitu saja. Kalau tak, padah jadinye.
So, untuk memudahkan proses untuk mengeratkan bahtera perkahwinan, anda boleh mencuba petua di bawah ini yang mungkin boleh dijadikan renungan bersama. Semoga panduan itu mampu menjadi titik mula yang baru buat anda berdua.
* Duduk bersendirian dan kosongkan fikiran. Cuba kenang semula perasaan pertama dan istimewa yang anda alami ketika awal percintaan dengan pasangan.
Jangan pula terkenangkan bekas kekasih yang sudah tidak memberi sebarang makna. Sekiranya anda masih mengenangnya, bermakna anda cuba mencari masalah.
























