Kenalan Cinta

Tuesday, January 18, 2011

Petua Menyekat Suami Main Mata Dengan Wanita Lain, Wajib Baca - Khas Buat Para Isteri

Credit:Google


Wahai para isteri, kalau anda sayangi suami anda dan ingin dia sentiasa setia dengan anda. Apa kata ikuti beberapa petua di bawah ini, sebagai panduan dalam kehidupan anda sebagai isteri idaman suami.


1.  Layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan kerana ia boleh membangkitkan semangat dan suami berasa dihargai. Tetapi jangan sekadar bercakap, isteri harus buktikan dengan perbuatan. Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba, sekiranya di katil isteri berdengkur kuat seperti bom, tanpa sedikitpun menghiraukan perasaan suami yang seperti gelora tsunami.


2. Wanita pada usia 40 hingga 45 tahun masih cantik dan menawan. Mungkin tidak secantik gadis belasan tahun, tetapi jika bijak mendandan diri, suami pasti tidak  menjeling pada orang lain.


3. Isteri jangan membiarkan rambut menggerbang macam penunggu pohon beringin, dahi berkerut, bibir berkedut, tanpa bedak serta tanpa gincu, dan pipi pula berminyak semacam.


4. Suami suka melihat penampilan seorang isteri yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Jangan terlalu manja, nanti suami pulak naik lemas.


5. Sambutlah kepulangan suami dengan haruman. Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat.


6. Bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri, oleh itu haruslah beretika. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam. Sesekali taburkan bunga-bungaan wangi di atas tilam. Bukan bau minyak angin.


6 comments:

.::: Princess MOMOY :::. said...

nice post
tapi
memang jenis lelaki ni suka perempuan
so sekat tu susah tapi control tu boleh pakai la kot
kaum adam janagn mara yer
Peristiwa itu masih menhantui diriku...

ATTENTION Kawan-kawan: Blogger Ini DIKEHENDAKI

Admin said...

hehehe...apa pun yg tbaik utk anda

::ienafazlyna:: said...

perumpaan yang last tu kelakar..hehehe..neway, nice sharing

Admin said...

tq byk..hehehe

Anonymous said...

mah

Anonymous said...

mah nak order penampal kaki buang toksid tu. berapa harga cmne u nk antar?

Blog Widget by LinkWithin