Kenalan Cinta

Friday, February 25, 2011

Khas Buat Suami: Faedah Memeluk Isteri

 Credit:Google



Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.


Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.


“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.


“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Sunday, February 20, 2011

Panduan Pikat Gadis Idaman

Kau Isteri Pilihanku.

Di waktu santai, pastinya anda ingin bersuka ria bersama rakan-rakan atau bersama kekasih. Tetapi, anda lelaki yang sukar untuk mendapatkan teman wanita atau kekasih yang sehati sejiwa.  

Anda pula cukup malu untuk mendekati perempuan, apa lagi membuka mulut untuk mengajaknya keluar! Bagaimanapun, tips di bawah ini mungkin boleh membantu.
 

1. Kenal pasti gadis idaman
Sebagai lelaki, anda perlu memulakan langkah pertama. Beranikan diri bergaul dan berkenalan dengan ramai gadis sebelum membuat pilihan. Anda perlu menyesuaikan diri dengan keadaan dan perlulah mengawasi gerak-gerinya. Tapi janganlah anda mengekorinya sehingga ke depan rumah!

 

2. Selidik latar belakang Apabila bertemu dengan gadis diminati, anda perlu melakukan sedikit ‘penyiasatan’. Selidik latar belakangnya sama ada dia sesuai atau tidak, siapa keluarganya dan paling penting, adakah dia sudah berpunya. Caranya, anda boleh bertanya kepada rakan-rakan gadis berkenaan.

 

3. Pastikan dia tahu kehadiran anda
Anda sudah pun bertemu dengan bakal teman wanita. Perlu diingat anda tidak akan dapat mendekati gadis impian melainkan anda menegurnya. Mulakan dengan senyuman sebagai langkah pertama. Bagaimanapun anda tidak digalakkan merenung gadis itu terlalu lama kerana ia boleh membuatkan dia mempunyai prasangka negatif. Selain itu, anda perlu berlagak biasa dan jangan cuba untuk berlagak ‘macho’ atau seksi kerana ia juga boleh membuatkan gadis itu meluat.

 

4. Biar dia tahu anda menyukainya Berlagak biasa tetapi berhati-hati dengan percakapan dan tindak-tanduk agar tidak menyinggung perasaannya. Anda juga boleh mengatur temu janji seperti makan malam atau menonton wayang. Namun, lebih baik bertanya si gadis ke mana dia ingin pergi agar lebih selesa. Apabila anda berdua sudah semakin selesa dan serasi inilah masanya untuk menonjolkan sikap ‘gentleman’ dan berterus terang.



Sumber:Seronoknye

Friday, February 18, 2011

Tips Cari Jodoh Untuk Anda

Credit:Google


Khas buat mereka yang masih single dan ingin mencari calon jodoh yang sesuai, bolehlah try tips 'cari jodoh' di bawah ni. Walaupun kita ni, sudah ditentukan jodoh dengan siapa. Namun, tak bermaksud kita berpeluk tubuh tanpa usahakan sesuatu. 


Harus ingin, tanpa usaha agak sukar untuk kita perolehi apa yang kita ingini. So, jangan asyik tunggu jodoh akan datang sendiri ye. Usaha sikit bah ;) seperti mencuba tips di bawah ini:
 

1. Hati mesti bersih: Hati kite ni walaupun bersih tapi kadang-kadang ade kotornye.


Contoh: cepat menyampah dgn org, cepat meluat, cepat benci dan sebagainye. Jadi cuba kikiskan sikap-sikap negatif ni supaya terpancar ketulusan / keikhlasan hati utk menyayangi seseorang.

2. Sikap positif terhadap orang: Jangan selalu ade syak wasangka yang bukan-bukan.


3. Ikhtiar: Ini penting...suruh le mak, bapak, kakak, kekawan, sedara carikan. Kalau boleh MANDI BUNGA supaya terserlah keserian wajah.

Tuesday, February 15, 2011

Petua Untuk Menyayangi Seseorang Buat Anda Semua

Bahagia kita bersama


Untuk menyayangi seseorang itu bukan perkara sukar sebab semuanya bergantung pada hati anda. Jika hati anda betul2 menyayangi seseorang itu, pasti akan timbul perasaan kasih sayang yang akhirnya menimbulkan perasaan cinta di hati serta kebahagiaan yang anda impikan. So, bagi menemukan perasaan menyayangi seseorang itu, anda boleh try petua di bawah ini:

 
1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.


2. Sayangi dia seadanya. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia, kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Oleh itu, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

Saturday, February 12, 2011

Kecantikan Seorang Wanita - Permata Idaman Lelaki

 Wanita muslimah, idaman lelaki solehah.


 Wanita adalah ciptaan Tuhan yang memang unik, begitu juga lelaki. So, disini disenaraikan 31 kecantikan wanita yang membuat wanita itu unik dan menjadi permata idaman lelaki.


1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.
 

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.


3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.


4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.


5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

Thursday, February 10, 2011

Khas Buat Wanita....21 Pedoman Untuk Wanita (2)

Credit:Google


Sambungan dari entry:

Khas Buat Wanita....21 Pedoman Untuk Wanita


11. Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki

Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.


12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar

Anda tidak perlu membayar apa-apa utnuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.


13. Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja

Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

Tuesday, February 1, 2011

Khas Buat Wanita....21 Pedoman Untuk Wanita

Credit:Google

Kadang2 dalam kehidupan harian kita sebagai wanita bermacam-macam sikap negatif kita membuat kaum lelaki terutamanya suami rasa rimas dan menganggap kita suka membebel walaupun kadang2 tu kita membebel ada sebabnya. Namun, asyik membebel juga, siapa nak tahankan...hehe.

Apa2 pun kita sebagai wanita terutama yang sudah bersuami haruslah mengubah sikap2 negatif yang ada dalam diri kita bagi kesejahteraan rumahtangga. Berikut disenaraikan 21 pedoman buat wanita sebagai panduan dalam meniti hidup berdua.



1. Terima Lelaki Agar Dia Menerima Anda.

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari 'Terimalah lelaki sebagai sediakala". Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.


2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda

Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.
Blog Widget by LinkWithin