Dalam berpasangan ni ada bermacam2 halnye. Apa pun dalam asyik bercinta pastikan diri anda tak dipergunakan oleh pasangan anda untuk kepentingan dirinye sendiri. Jadi, kenali 6 tanda di bawah ini sebagai panduan anda:
Terlalu mengharap sesuatu yang berbentuk materialistik- Pasangan yang menerima anda seadanya tidak akan sesekali mengharapkan sesuatu yang berbentuk materialistik semata-mata. Mereka akan menghargai setiap apa yang anda mampu berikan tanpa menilai barangan tersebut.
Ini kerana , didalam perhubungan nilai sesuatu barang bukanlah menjadi keutamaan. Apa yang lebih penting adalah tentang bagaimana pasangan menunjukkan penghargaan terhadap diri anda.







