Kenalan Cinta

Saturday, May 14, 2011

Petua Untuk Mengeratkan Bahtera Perkahwinan - Hangatkan Semula Cinta Yang Suram

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSsesMFpQVMeiH5PRdaTwCC0nqhkxNTvb-Mi4Cld9Op78o7cOn7Lp1rHopTRYvIYVhj2AVmbfoBmeUXHWlz5FN2BBNiP0Uv4_1_ma-BMAc2u8h5teE88XWC95XWOzeQAsr5u3DXS9dMMg/s320/pasangan1.jpg


Dalam mengeratkan hubungan bahtera perkahwinan kita harus pandai menyemarakkan hubungan cinta dan sayang dalam diri kita. Agar bahtera yang terbina sentiasa harum dan segar dengan kasih sayang serta seolah2 mahligai yang didirikan seperti mula2 mendirikan rumahtangga.


Memang tak dinafikan, cinta akan beransur suram apabila bahtera perkahwinan menjangkau usia tapi kita harus pandai untuk menyemarakkannye balik dan jangan biarkan ia terus hanyut begitu saja. Kalau tak, padah jadinye.


So, untuk memudahkan proses untuk mengeratkan bahtera perkahwinan, anda boleh  mencuba petua di bawah ini yang mungkin boleh dijadikan renungan bersama. Semoga panduan itu mampu menjadi titik mula yang baru buat anda berdua.


* Duduk bersendirian dan kosongkan fikiran. Cuba kenang semula perasaan pertama dan istimewa yang anda alami ketika awal percintaan dengan pasangan.


Jangan pula terkenangkan bekas kekasih yang sudah tidak memberi sebarang makna. Sekiranya anda masih mengenangnya, bermakna anda cuba mencari masalah.


* Wujudkan perasaan yang sama terutama jika kini anda berada bersama pasangan. Cuba renungkan orang yang sentiasa di hati sehingga si dia rasa pelik dan kurang selesa. Bercakap dengan pasangan dengan penuh romantis dan bisikkan selalu yang anda amat menyenanginya.


Sekiranya pasangan sibuk dan ketika dihubungi dia tidak angkat telefon, tinggalkan pesanan romantik di pesanan suara telefon.


Tidak pun, ambil kertas tulislah sesuatu yang romantik untuknya. Pasti dia akan terkejut dan bangga.


* Carilah masa untuk anda dan pasangan berdua-duaan. Ketika itu jangan bawa anak atau rakan untuk menemani.


Apabila berdua-duaan, ia memudahkan perasaan berkasih sayang antara anda dan pasangan.
Untuk pasangan yang ada anak kecil, jangan jadikan ia sebagai alasan kerana. Minta bantuan pengasuh untuk menjaga anak beberapa jam saja.


Mulakan dengan mengajak pasangan membeli barangan rumah dan laksanakan teknik secara semula jadi. Pasangan anda mungkin tertanya-tanya tetapi apa yang penting, anda berdua bahagia.


* Buat kejutan sekali sekala tetapi jangan buat kejutan negatif yang boleh memudaratkan.


Mungkin anda boleh membeli hadiah kecil tetapi ringkas dan menarik. Jika pasangan tidak tahu menghargai dan masih merungut, biarkan saja dan terus mengkaji isi hati pasangan yang boleh membuatkan dia tersentuh hati dengan penghargaan anda.
Niat yang baik selalunya akan berjaya juga akhirnya.


* Latih diri dan perasaan untuk memandang perkara yang baik mengenai pasangan terutama perkara yang membuatkan anda jatuh cinta padanya buat pertama kali dulu.


Sekurang-kurangnya, cari tiga hingga lima perkara baik pasangan. Kemudian, cuba wujudkan perasaan bangga kerana menjadi suami atau isteri buat pasangan yang istimewa itu. Itu antara cara yang membuatkan anda dan pasangan sentiasa saling menghargai.


Apabila berbual dengan rakan atau saudara mara, selitkan puji-pujian buat pasangan. Jika ada yang memuji pasangan, anda harus menyokong dan mengakui kebenarannya. Ini membuatkan anda lebih sayangkan pasangan dan menyebabkan orang luar memandang tinggi dengan perhubungan anda.


* Tidur dan bangun pagi antara saat paling bermakna dalam hidup masing-masing apatah lagi mereka yang sudah berumah tangga.


Akhiri hari anda dengan ciuman dan peluk pasangan anda sebelum tidur sambil memaafkan segala kesilapan yang dilakukan sebelum ini.


Apabila mula melayari alam rumah tangga, tunjukkan kasih sayang dengan kata-kata yang menghargai pasangan.

Sumber:intim

Selamat Maju Jaya.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin