
Pasti anda sebagai lelaki sejati yang berwajah tampan dan berbadan  sasa berasa pelik mengapa wanita menggemari lelaki yang lebih berusia  bukan? Apakah kekurangan pada diri anda jika hendak dibandingkan dengan seorang  yang lebih berusia? Ini berlaku kerana faktor utama majoriti wanita  memilih pasangan bukanlah berdasarkan sifat luaran. Jadi apakah sebab  wanita menggemari lelaki yang lebih berusia?
(1) Pasti anda semua mengetahui bahawa pemikiran lelaki lebih lambat  matang berbanding wanita. Fakta ini sememangnya tidak dapat dinafikan.  Lelaki yang lebih berusia menjadi tarikan terhadap wanita kerana  kestabilan emosi mereka mengenai sesuatu perkara. Ini kerana wanita  amat-amat memerlukan kestabilan untuk memberikan ketenangan didalam  kehidupan mereka.
(2) Lelaki yang lebih berusia juga akan lebih bersifat tanggungjawab  dan dipercayai. Ini kerana mereka sudah tidak mempunyai cukup masa untuk  bermain-main mengenai soal pasangan hidup mereka. Komitmen yang  ditunjukkan inilah kebiasaannya akan mampu untuk memikat wanita yang  mengenali mereka.
(3) Pengalaman sudah pasti banyak mengajar seseorang mengenai erti  kehidupan. Pengalaman yang bermanfaat inilah akan digunakan sebagai  senjata rahsia untuk lelaki yang berusia memikat wanita yang lebih muda  daripada mereka. Hati wanita mungkin sukar untuk dipikat, tetapi  sekiranya anda tahu cara untuk memikatnya, proses ini pasti akan menjadi  lebih mudah.
(4) Walaupun pemikiran lelaki yang lebih berusia matang, ia tidak  bermakna mereka juga akan turut ketinggalan dalam arus kemodenan hari  ini. Penampilan mereka yang kemas, segak dan bersih sudah pasti akan  menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya. Malah, mereka juga  mampu berpenampilan 20 tahun lebih muda daripada usia sebenar mereka.







2 comments:
Kene tengok juga lelaki berusia nie macam mana, Rasullah menetapkan umur border 40 tahun memisahkan antara baik dng buruk,kalau umur 40 ke atas, solat pun selalu miss lebih baik wanita muda yang cun jauhkan diri,buat tempah bala aje..D
Nak Curik Pun Agak-Agak Lah Akak Hoii
huhu, memang kematangan tue bleh jadik fakta penarik kat seseorang.. aku pun slalu minat kat senior.. haha, bleh baca hujah aku kat sini http://bit.ly/rXCTge
Post a Comment