Kenalan Cinta

Saturday, November 12, 2011

3 Cara Untuk Memahami Mood Lelaki

Credit:Google


Jika wanita sememangnya sudah terkenal dengan waktu dimana mereka akan cepat marah, tidak ceria, dan mood tidak baik terutamanya ketika mereka datang bulan (haid), lelaki juga mempunyai masa yang sesuai yang perlu difahami. 


Faktor ini disebabkan oleh pengaruh hormon yang akan mempengaruhi emosi seseorang tanpa kita sendiri sedari. Jadi apakah cara terbaik untuk memahami mood lelaki?


Sekiranya anda ingin mengajak mereka berjalan atau membantu menyelesaikan sesuatu tugas, minta bantuan mereka antara pukul 9-12 pagi- Lelaki yang baru sahaja bangun tidur akan dipengaruhi oleh hormon testosteron, yang akan membuatkan mereka berasa aktif. Hormon ini akan membantu menaikkan semangat mereka untuk menjadi hero pada anda. Sekiranya anda ingin meminta bantuan mereka untuk mengubah almari baju, sofa atau barangan berat yang lain, dinasihatkan meminta bantuan pada waktu ini.



Sekiranya anda inginkan mereka bersetuju dengan cadangan anda, nyatakan cadangan anda antara pukul 3-4 petang- Mungkin anda mempunyai cadangan untuk melakukan sesuatu, sebagai contoh destinasi percutian atau sebagainya. Nyatakan cadangan anda pada waktu ini. Ia kerana pada waktu ini kandungan hormon testosteron yang ada dalam tubuh lelaki berada dalam keadaan yang rendah. Ini akan membuatkan pemikiran mereka menjadi lebih matang dan peratusan cadangan anda untuk diterima adalah amat tinggi.


Sekiranya anda ingin berbincang atau luahkan mengenai sesuatu isu yang sensitif, lakukannya antara jam 8-10 malam-  Pada waktu ini pula, hormon oxytoxin akan memenuhi tubuh seseorang lelaki dan akan membantu mereka untuk berasa segar dan menenangkan. Mungkin ada sesetengah perkara yang anda tidak bersetuju terhadap mereka dan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini adalah melalui perbincangan. Sekiranya anda berbincang pada waktu ini, kebiasaannya lelaki akan lebih bersikap terbuka dan lebih memahami.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin