Sekiranya anda dipanjangkan umur, pasti anda akan melalui saat ini tidak kira samaada anda baru sahaja berumur belasan tahun sekarang. Tiada siapa yang mampu dapat mengelak daripadanya.
Berkemungkinan sifat-sifat anda akan berubah tanpa anda sendiri sedari. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, antara beberapa perubahan apabila usia anda mencecah 40 tahun adalah..
(1) Matlamat utama akan berubah- Berkemungkinan jika sebelum ini matlamat utama anda adalah untuk mencari kekayaan sebanyak mungkin, berseronok atau sebagainya, tetapi apabila anda sudah mencecah usia 40 tahun, matlamat anda yang terdahulu akan mula berubah sedikit demi sedikit.
Anda mula memikirkan untuk lebih mendalami ilmu agama, lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga dan melakukan aktiviti yang lebih kepada memberi ketenangan dan bukannya kepuasan.
(2) Tahap kesihatan menurun- Jika sebelum ini anda mampu untuk mengangkat bebanan seberat 15kg, mungkin selepas usia anda mencecah 40 tahun anda tidak mampu lakukan perkara yang sama lagi.
(3) Lebih banyak rungutan- Disebabkan oleh pengalaman hidup yang anda telah lalui selama 40 tahun, pasti terdapat banyak percanggahan pendapat mengenai sesuatu perkara. Anda akan lebih sukar untuk menerima pendapat yang baru disebabkan anda merasakan lebih tahu dari mereka berdasarkan pengalaman yang telah anda sendiri lalui.
(4) Hobi akan berubah- Jika sebelum ini anda suka melakukan aktiviti yang lasak dan mencabar, berkemungkinan apabila usia anda mencecah 40 tahun anda lebih suka untuk melakukan aktiviti yang lebih bersifat santai seperti berkebun, bertukang atau sebagainya.
(5) Lelaki kembali muda- Mungkin ramai yang sudah mengetahui bahawa pada usia 40 tahun, lelaki akan kembali untuk menjaga penampilan diri mereka berbanding wanita. Ini juga menunjukkan psikologi lelaki yang lebih mementingkan diri sendiri berbanding wanita yang lebih memikirkan mengenai anak-anak, keluarga dan sebagainya.
(6) Lagu yang berbentuk emosi mula menjadi kegemaran- Seseorang yang telah berusia sebenarnya lebih mudah dipengaruhi oleh emosi. Disebabkan faktor inilah lagu rancak sudah tidak menjadi pilihan kerana ia hanya akan merunsingkan mereka sahaja.
3 comments:
huhu takyah tunggu 40 tahun, umor 20 tahun pun dah start pikir pasal keje, kete, rumah.. hehe, kalo waktu skolah2 dulu pikir main game jer..
yup btl juga..hehehe
hDpt michael kors wallet
pUbc plaque ghd pas cher
dHqm north face outlet store
1cLdi ugg store
1bFim cheap michael kors handbags
Post a Comment