Kenalan Cinta

Showing posts with label cemburu. Show all posts
Showing posts with label cemburu. Show all posts

Wednesday, March 28, 2012

Sifat Cemburu



SIFAT CEMBURU...


Dari Abu Hurairah ra dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, " Bahawasanya Allah sangat cemburu dan orang mukmin itu cemburu. Dan yang dicemburui Allah, ialah bahawa orang mukmin mendatangkan (memperbuat) apa yang diharamkan oleh Allah"
(HR Tirmudzi)


Cemburu ertinya kecurigaan hati atas kejujuran seseorang. Di antara kedua suami isteri, sifat cemburu ini dituntut seklai dan sangat dipuji , sebab cemburu itu adalah salah satu sifat Allah. Apabila antara suami isteri tidak ada sifat cemburu mencemburui, tandanya pertalian mereka tidak diikat oleh cinta yang kuat dan mudah terjadi sesuatu yang melanggar aturan dalam soal berumahtangga.


Cemburu ini adalah pagar untuk suami isteri. Suami akan terpagar dari kejahatan dengan adanya kecemburuan isterinya, begitu pula sebaliknya.


Allah sangat cemburu terhadap hambanya yang suka menderhakaiNya. Suami isteri cemburu bila salah seorang akan berkhianat kepada yang lain. Maka dapatlah difahamkan , bahawa cemburu itu sangat sekali dipuji dan dituntut.
 
 

Monday, December 20, 2010

8C Sebab Suami Benci Isteri

 Credit:Google
8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa, alpa dan lalai, ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan anak anak; keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.


C1. CABAR
 
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata… 


C2. CABUL
 
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan dan tutur kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

Thursday, July 8, 2010

Menilai Makna Tersirat Disebalik Tingkahlaku Lelaki


 LELAKI memang dilahirkan secara fitrah pandai memikat. Ayat ‘power’, pandai memujuk dan merayu adalah antara ciri-ciri semula jadi yang ada pada lelaki. Malah, dalam dunia haiwan pun, ada ciri itu apabila si jantan bijak memikat si betina.

Disebabkan kelebihan itu, ramai wanita yang layu dan cair apabila berhadapan dengan lelaki sedemikian.

Justeru, wanita perlu mengetahui rahsia lelaki supaya mereka tidak mudah tergoda dan tunduk kepada lelaki terutama yang digelar ‘hidung belang’.

Jika lelaki mengirimkan SMS lebih daripada sekali setiap hari walaupun hanya untuk mengucapkan “apa khabar?” atau “sudah makan ke belum?”, tandanya dia ada perhatian kepada anda. Lelaki tidak akan melakukan perbuatan itu terlalu kerap jika tiada maksud lain.

Jika lelaki menelefon anda tanpa sebab dan hanya memberitahu: “sekadar mahu mendengar suara anda..”, tandanya dia suka anda tetapi malu untuk memulakan kerana lelaki tahu mereka harus memulakan langkah pertama.

Andai lelaki mendiamkan diri selepas pertengkaran panjang, maksudnya dia sudah letih dan ingin pertengkaran itu dihentikan kerana hakikatnya si lelaki tidak suka berperang mulut dalam tempoh lama.

Thursday, April 8, 2010

Mesti Baca: Kawal Fikiran Elak Cemburu

Credit: Google

Kawan2 tak kira perempuan or lelaki, elok baca ni. Terutama bagi yang kuat cemburunya. Amat berguna untuk mengekalkan hubungan yang lebih relax & maybe berpanjangan.

CEMBURU naluri manusia yang sukar dibendung. Ada pelbagai sifat cemburu - ada yang positif dan negatif. Bila menyebut cemburu, pasti ramai menuding jari kepada wanita. Mereka menganggap golongan hawa kuat cemburu. Sebenarnya, sifat cemburu bukan hanya dimiliki wanita tetapi juga lelaki. Sifat cemburu ada pada setiap manusia. Cuma kita perlu bijak dalam mengawal perasaan itu.

Dalam kebanyakan perhubungan, terdapat banyak sifat cemburu. Masalah timbul apabila pasangan yang cemburu ini mengugut memutuskan hubungan dan pasangan berasa tergugat. Ada pasangan sedar yang sikap cemburu mereka ini kurang menyenangkan tetapi tidak mampu mengawalnya. Mereka sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan pasangan mereka. Jika terlewat 10 minit pun, pertengkaran boleh berlaku.

Apabila di alam percintaan, sukar untuk menerima hakikat pasangan kita mempunyai masalah terlalu cemburu. Adakah dia bersikap demikian untuk melindungi kita atau dia akan mendatangkan masalah kepada kita? 

Tuesday, February 16, 2010

Kekasih Cemburu Buta....Cemburu Boleh Tapi Jangan Cemburu Buta, Ok!!


Cemburu seringkali berlaku di kalangan orang yang sedang bercinta. Baik lelaki mahupun wanita, pasti akan berhadapan dengan situasi yang getir ini.
 
SETIAP kali berbicara mengenai cemburu, tentunya ramai yang menuding jari ke arah wanita. Padahal, baik lelaki mahupun wanita, pasti akan berhadapan dengan situasi yang sama.

Sukar untuk dipastikan sama ada cemburu si dia bertujuan untuk melindungi hubungan yang sekian lama dibina atau hanya sekadar mendatangkan masalah.

Tetapi, awas! jangan terlalu menjadi hamba cemburu, takut nanti anda pula yang merana. Jom, kita terjah 10 tanda-tanda cemburu buta yang mungkin di antaranya terbuku dalam hati dan sanubari si dia.

* Beremosi keterlaluan

Setiap minit dan jam, si dia pasti menelefon anda tanpa rasa jemu. Malah, si dia akan marah sekiranya anda tidak menjawab panggilan telefon atau tidak membalas mesej yang dihantarnya menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Tuesday, August 18, 2009

Index Cemburu Lelaki Mengikut Horoskop

Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Percaya atau tidak, lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya. Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan perasaan cemburu yang mengatasi kaum perempuan.

Jom kita lihat indeks cemburu kaum lelaki menurut bintang kelahiran.

Aquarius

Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.
Indeks: xxx

Pisces

Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.
Indeks: xxxxx

Aries

Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.
Indeks: xx

Taurus

Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.
Indeks: xxxx

Gemini

Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.
Indeks: xxxx

Cancer

Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.
Indeks: xxxxx

Leo

Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.
Indeks: xx

Virgo

Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.
Indeks: xxxx

Libra

Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.
Indeks: x

Scorpio

Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.
Indeks: xxxx

Sagitarius

Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.
Indeks: xxx

Capricorn

Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.
Indeks: xxx

Sunday, June 28, 2009

Tanda Seorang Lelaki Di Lamun Cinta

Pagi td sy post info mgenai tanda2 wanita tgoda dgn lelaki. Sekarang kita tgk pula info mgenai tanda2 lelaki di lamun cinta. Info ini bagus utk tatapan wanita yg ingin tahu jejaka idaman mrk sdh jatuh cinta dgn mrk ataupun tidak.

1. Dia bersungguh-sunguh melakukan sesuatu demi kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16
. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar. (Tp jgn melampau sgt sampai dia menunggu bjam2 lamanya )

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19
. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21
. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.

p/s: Tak pasti info ni btl ke tak. Hanya Lelaki je tahu sejauhmana hati mrk sdh jatuh cinta pd anda. Kalau ada info menarik psl topik ni tinggalkan komen ok.
Blog Widget by LinkWithin