Kenalan Cinta

Showing posts with label erotik. Show all posts
Showing posts with label erotik. Show all posts

Friday, April 23, 2010

Khas Buat Suami Isteri: Kenali 7 Zon Erotik Lelaki

Credit:Google

Hari ni entry agak hangat sikit, just khas buat yg dah bersuami isteri ye. Yang belum tu jgn pandai2 nak test power pula ok. Buat naya je nanti.Ok....teruskan pembacaan anda. Hope bguna hendaknye ye. Moga bahagia.

Ramai salah anggap kononnya zon erotik lelaki hanyalah zakar dan kepala zakar. Sebenarnya, banyak lokasi zon erotik ditubuh lelaki. Sebaiknya, semua zon erotik ini distimulasi secara lembut dan dilakukan apabila seseorang dalam keadaan tenang.

Stimulasi yang betul pada kawasan erotik ini akan memberi kenikmatan sama seperti stimulasi pada zakar, malah boleh mencapai orgasm. Kawasan erotik ini boleh distimulasi secara sendiri semasa masturbasi atau oleh pasangan ketika melakukan hubungan seksual.

1.Kerandut buah zakar

Kulit yang menyelaputi buah zakar adalah sensitif kepada sentuhan. Ia boleh diurut dengan pergerakan circular dengan menggunakan hujung jari atau secara oral.

Kerandut ini juga boleh ditarik secara lembut semasa seks oral. Buah zakar juga boleh distimulasi secara gentelan lembut dengan mengunakan jari.

2. Puting dada.

Puting dada lelaki mempunyai kapasiti erotik sama seperti puting buah dada wanita. Ia kaya dengan bekalan saraf dan amat sensitif.

Pada kebanyakan lelaki, ia mempunyai kapasiti menegang dan menjadi keras bila dirangsang. Pergerakan circular yang lembut bermula dari arah luar ke dalam boleh dibuat di sekeliling puting. Lelaki juga akan terangsang apabila puting dipicit atau digentel.
Blog Widget by LinkWithin