Blog ini hanya koleksi segala tip2, info2 & artikel2 yang saya gemari di internet. So saya post disini sekadar untuk dkongsi bersama anda. Ada artikel2 disini, saya tulis sendiri & ada saya dapatkan dr website lain. Kalau ada komen apa2, tolong post di section komen..thanks.
Demi menguji sejauh mana kesetiaan yang diberikan, si dia sanggup melakukan apa saja demi mempertahankan ketulusan cinta yang dibina.
ALAHAI lelaki, walaupun sudah berkali-kali si dia mengucapkan perkataan cinta, namun masih tidak cukup untuk membuktikan kesetiaan terhadap mereka.
Seandainya si dia memiliki kriteria yang diimpikan, tetapi bagi sesetengah jejaka itu bukanlah faktor yang membuatkan dia memilih kamu. Pelbagai cara dilakukan demi menguji kesetiaan yang dibina.
Tidak dinafikan, mereka mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri dalam mengenalpasti kesetiaan yang diberikan, sepanjang menjalinkan hubungan bersama teman wanitanya.
Yang pasti, dia akan cuba melakukan pelbagai cara dalam menentukan sama ada anda layak ataupun tidak bertakhta di hatinya.
Adakah si dia materialistik? Sering menjadi persoalan kebanyakan kaum lelaki. Untuk mengetahui sejauh mana tahap materialistik anda, mereka akan menguji dengan cara ini:
Memberi hadiah murah
Reaksi kamu: Sering bertanyakan soal harga, jenama, di mana membelinya dan tidak mahu sesekali menyimpan barang tersebut. Kamu gagal.
Reaksi kamu: Gembira dengan pemberian yang amat bermakna dan terus memakainya. Kamu lulus.
Di sini, saya ingin berkongsi dengan para jejaka sekalian bagaimana caranya untuk kita mendekati dengan sesorang gadis yang kita ingin berkenalan. Atau dalam kata yang lain, nak bercouple. Kalau korang ada tips yang lain, boleh la berkongsi sama dekat ruangan komen tu. Sama-sama kita tolong antara satu sama lain.
Jangan Terburu-buru
Kebanyakan yang saya jumpa, ramai yang terburu-buru bila dia dah syok pada seseorang perempuan. Kalau boleh, masa tu la dia nak no phone, masa tu la dia nak mesej-mesej, masa tu la dia nak tanya macam-macam.
Rileks. Bertenang. Jangan kelam-kabut. Kita mesti cool. Kalau nak mintak no phone pun ada cara dia. Jangan main terjah terus. Perkenalkan diri dulu dan bagitau niat kita nak berkenalan. Kalau dia sombong atau tak nak layan tu, maksudnya, dia sudah berpunya atau dia ada masalah lain yang dia tidak dapat nak terima kita.
Be Gentleman
Yup! Be gentleman. Tunjukkan siapa diri kita. Kita lelaki, dan dia perempuan. Sudah pasti kita lagi kuat dari mereka. Sekiranya kita tengok dia perlukan bantuan, berikanlah pertolongan. Offerkan diri kita untuk tolong dia. Takkan nak tunggu si dia yang panggil kot. Tu ngada-ngada namanya.
Usik-usik la sikit
Kadang-kadang kita perlu menggatai sikit. Puji la pasal tudung baru dia ke, kasut baru dia ke, make-up dia ke. Puji je apa-apa yang patut. Saja nak mengusik dia. Biar dia tersenyum malu gitu. Kalau takde idea nak usik dia, cuba ceritakan something yang kelakar atau kisah kehidupan awak. Mesti dia tertarik untuk ambil tahu. Lagi-lagi kalau tambah adengan yang suspen siap ada 'to be continued' macam tu. Confirm dia akan tertanya-tanya dan suruh kita cerita lagi.
Mulut kena manis
Kebanyakan lelaki kantoi dekat sini. Mereka tak tahu nak cerita pasal apa bila bertemu dengan perempuan. Bila terserempak je, mula la lidah kelu, otak jammed. Semuanya tak jalan. Dekat sini kita kena pandai mencari idea untuk mulakan perbualan. Takkan nak dua-dua senyap membisu je. Dia pun akan berasa bosan nanti. Jadi, kita kena kreatif dalam berbicara. Lihat sekeliling dan ceritakan apa yang berlaku pada ketika itu.
Kalau masa tu korang dekat taman permainan, cakap la, Eh, pandainya kontraktor ni buat buaian kan? Siap kaler biru lagi. Mesti masa kecik-kecik dia suka main buaian kan? Awak masa kecik-kecik suka main buaian tak? Walaupun ianya tidak seberapa menarik, tetapi atleast dari situ kita akan mewujudkan daya untuk berbual.
Biar dia rindu
Hani tips yang menarik. Biar dia rindu pada kita. Bagaimana nak buat tu? Semasa korang asyik berSMS, cuba ambil satu masa atau satu hari tu, korang tak SMS dia langsung. Cuba lihat reaksi dia. Adakah si dia akan SMS korang atau dia pun senyap je. Kalau dia SMS, maksudnya, bagus la tu. Mesti dia tengah sunyi dan rindu pada korang. Tetapikalau dia pun tak SMS, bahaya gak la. Maksudnya, kita hanyalah seorang insan yang biasa di hati dia lagi. Kena banyakkan usaha lagi.
Jadibegitulah serba sedikit tips yang saya dapat kongsikan untuk artikel kali ini. Bagi kepada jejaka-jejaka di luar sana yang ada tips yang lagi bagus lagi, sila la berkongsi dengan kitorang semua. Boleh kita bantu rakan-rakan kita yang nak approch girl nanti.
Dlm hubungan suami isteri ataupun saat bcinta, kita harus sentiasa myemarakkan cinta d hati masing2. Agar ia terus mekar & wangi selamanya. Jom ikuti tips myemarakkan cinta d bwh ini:
1. Tunjukan minat kalian terhadap perkara-perkara yang dilakukannya tanda sokongan (walaupun kamu sendiri berasa bosan dengan apa yang dilakukannya).
2. Jangan saling berbohong ataupun menyimpan rahsia yang berkaitan dengan si dia. Kejujuran penting dalam sesebuah perhubungan.
3. Lakukan perkara yang berbeza setiap kali keluar bersama bagi membangkitkan kelainan dalam perhubungan, apapun perlulah sehati sejiwa.
4. Hindari dari melontarkan kata-kata yang menyakitkan hati si dia .
5. Ingatkan kelebihan si dia yang membuatkan kamu jatuh cinta terhadapnya.
6. Luangkan banyak masa untuk bersama si dia agar rasa cinta ini lebih dihargai.
7. Jangan memperbesarkan masalah ataupun memanjangkan pertengkaran kerana ia boleh menggugat perhubungan.
8. Jangan cuba untuk mengongkong atau pun menyimpan perasaan cemburu yang membukit kerana ia akan membuatkan hati si dia sakit.
9. Jangan berpura-pura tidak mempercayainya atau pun menguji setebal mana cinta si dia terhadap kamu.
10. Jangan membanding si dia dengan jejaka/gadis lain terutamanya bekas kekasih kamu.