Kenalan Cinta

Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Sunday, July 31, 2011

Titipan Cinta

kata-kata cinta


Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta dan tiada kasih yang lebih ngeri daripada putus cinta.


Orang yang putus cinta sering kali berakhir dengan air mata.


Cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya.


Soal cinta adalah soal hati. Ia juga soal jodoh. Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan jodoh kita.


Soal hati tiada undang-undang. Apatah lagi paksaan.

Saturday, February 12, 2011

Kecantikan Seorang Wanita - Permata Idaman Lelaki

 Wanita muslimah, idaman lelaki solehah.


 Wanita adalah ciptaan Tuhan yang memang unik, begitu juga lelaki. So, disini disenaraikan 31 kecantikan wanita yang membuat wanita itu unik dan menjadi permata idaman lelaki.


1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.
 

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.


3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.


4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.


5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

Saturday, May 22, 2010

Ketahui Tanda2 Lelaki Belum Bersedia Untuk Berkahwin

 Credit:Google

Nak tahu sama ada lelaki itu sudah bersedia untuk kahwin or tidak. Baca tanda2 berikut:

1. Terus ‘tutup mulut’ apabila anda bertanya kepadanya mengenai kesediaannya untuk berumahtangga.
 
2. Tidak pernah ada niat untuk menemui orang tua anda walaupun anda sudah berusaha untuk mempertemukan dengan orang tua anda.

3. Tidak pernah memegang janji. Melupakan dan membatalkan janji dengan anda bukan perkara yang menganggu fikirannya.

4. Tidak pernah benar-benar memerlukan orang lain. Mungkin dia banyak teman atau sanak saudara, tapi tidak ada yang benar-benar akrab dan dekat dengannya. Jadi, dia memang tidak mengerti makna ‘ikatan’

5. Jarang memperkenalkan anda kepada kenalannya.

Thursday, April 29, 2010

Lelaki Bagaimanakah Yang Anda Mahu?


Karya penulisan Rd. HM Tuah Iskandar ini akan serba sedikit membantu anda mengenali jenis2 lelaki & kriteria dalam memilih lelaki yang anda idamankan. Menarik bukan...jom baca selanjutnya.

Memilih lelaki untuk dijadikan pasangan hidup bukan semudah memilih baju untuk hadir majlis harijadi. Jika baju, tak suka yang itu,pilih saja yang ini. Kalau warnanya seperti tidak match,pilih saja warna yang lain.

Bagaimana hendak mengenal lelaki yang sesuai, baik dan serasi? Persoalan ini memang menghantui setiap orang sebab tersalah pilih, hidup akan menjadi tidak amat selesa. Macam-macam perkara boleh ditimbulkanoleh sang lelaki, tatkala dia sudah pun bergelar suami. Tidak semudah menukar baju jika ingin lari darinya. Malah dia bagaikan baju plastik yang melekat di badan.

Jika anda mendapat lelaki yang okey,segala segi,anda sangat beruntung. Hidup anda akan terpenuh dengan keindahan dan kenikmatan. Tetapi jika anda mendapat lelaki tidak okey,segala segi, ibarat anda telah menghampiri ‘neraka dunia’.

Apa kriteria yang boleh anda pegang apabila memilih lelaki:

1.Bagaimana agamanya?

Jika dia nyata mengabaikan kewajibannya sebagai manusia yang beragama, (terutama sembahyang fardu), usahlah harapkan sesuatu yang menarik daripadanya. Mungkin dia kaya dan penyayang serta boleh memberikan semuanya, tetapi haluan menuju ketuhanan, dia bukanlah pilihan terbaik. Betul, bukan semua lelaki yang sembahyang itu baik, tetapi sekurang-kurangnya haluan pimpinannya jelas. Agama diturunkan untuk memantau kehidupan manusia, maka manusia perlu menerima pantauan itu untuk selamat. Soal ini tiada siapa terkecuali.

Saturday, June 20, 2009

Hadiah Buat Insan T'istimewa


Dulu ms bcinta bkn main lg, bg mcm2 hadiah...skrg bila dah berumahtangga, byk alasan pula dberi. Tak de duit konon, itulah inilah....mcm2 alasan.

Tak elok mcm tu. Kdg2 berilah sst utk ingatan taupun sbg tanda sayang pd pasangan anda. Tk salah kalau nk beli hadiah yg mahal ataupun murah, yg ptg ketulusan hati masing2. Alasan tak de duit, bukannya pybb utama anda utk tidak mberi sst yg istimewa utk pasangan anda. Lgpun duit bukan segala2nya.

Anda boleh mbuat suprise pd pasangan anda dgn mbuat candle light dinner d umah ataupun mberi ciuman istimewa pd pasangan anda. Bg yg sudah berumahtangga, berilah layanan yg plg istimewa drpd mlm2 sblmnye...hehehe..tk nk cerita byk..faham2lah sdiri. Yg blm bkahwin tu, jgn nk cuba pula. Buatlah benda lain.

Kalau sy, sy just mahu dia bg phatian pd sy....kira caringlah ....kasih syg yg amt ptg bg sy. Tentu juga bg anda...kan btl???

Utk tatapan anda....jom tgk vedio ni:

Blog Widget by LinkWithin