Kenalan Cinta

Thursday, February 25, 2010

8 Perkara Bukti Perempuan Itu Rumit...Betul2 Rumitlah!!!

 
Betul ke perempuan ni rumit? Emmm...nk kata rumit sgt, taklah juga. Biasalah perangai perempuan macam tu. Sebagai lelaki kadang2 kena faham juga. Tpkan ada kalanya perempuan ni sgtlah rumit, mungkin sbb jiwa mereka yg agak sensitif.
Nk tahu lebih lanjut jom baca post kat bwh ni...nilah bukti perempuan tu rumit.
 
*Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu cuba "mengorat" dia..Sebaliknya jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong..*

* Jika kamu berpakaian segak, dia fikir kamu cuba untuk menggoda perempuan lain..Sebaliknya jika tidak dia akan kata kamu kekampungan..*

*Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu tak pernah dengar cakap dia..Sebaliknya jika kamu berdiam diri, dia kata kamu dah bosan dengan dia..*

*Jika kamu lebih pintar dari dia, dia akan cari "point" untuk jatuhkan kamu..Sebaliknya jika dia yang lebih pintar, dia kata "eh!nak melawan pula"..*

*Jika kamu share masalah dengan dia, dia akan dengar tapi dalam hati "tu masalah kamu"..Sebaliknya jika tidak, dia tuduh kamu merahsiakan sesuatu daripadanya..*

Sunday, February 21, 2010

10 Alasan Dia Harus Nyah Daripada Hidup Anda...Kenapa? Baca Post Ni Baik2


 PENDERAAN
 
Jika si dia mendera kamu secara fizikal @ mental, ia memang tidak boleh dimaafkan..perbuatan itu juga tidak boleh dibiarkan sama sekali kerana ia akan jadi seperti satu aktiviti dan yang menjadi mangsanya adalah pompuan..oleh itu nyahkan si dia dan mulakan hidup yang baru.
 
TIDAK ADA SIFAT SALING PERCAYA
 
Si dia selalu berprasangka buruk pada kamu dan apa yang kamu lakukan..konon King Control la..Ayuh, buat apa nak peningkan kepala..Nyahkan dia juga.
 
ENGGAN MENGAKUI KESILAPAN DIRI
 
Sikap sebegini membuatkan si dia sering meletakkan kesilapannya keatas diri kamu walhal kesilapan itu berpunca daripadanya..Manusia jenis ini memang tidak boleh diberi muka langsung, menyusahkan hidup lagi ada la.

Tuesday, February 16, 2010

Kekasih Cemburu Buta....Cemburu Boleh Tapi Jangan Cemburu Buta, Ok!!


Cemburu seringkali berlaku di kalangan orang yang sedang bercinta. Baik lelaki mahupun wanita, pasti akan berhadapan dengan situasi yang getir ini.
 
SETIAP kali berbicara mengenai cemburu, tentunya ramai yang menuding jari ke arah wanita. Padahal, baik lelaki mahupun wanita, pasti akan berhadapan dengan situasi yang sama.

Sukar untuk dipastikan sama ada cemburu si dia bertujuan untuk melindungi hubungan yang sekian lama dibina atau hanya sekadar mendatangkan masalah.

Tetapi, awas! jangan terlalu menjadi hamba cemburu, takut nanti anda pula yang merana. Jom, kita terjah 10 tanda-tanda cemburu buta yang mungkin di antaranya terbuku dalam hati dan sanubari si dia.

* Beremosi keterlaluan

Setiap minit dan jam, si dia pasti menelefon anda tanpa rasa jemu. Malah, si dia akan marah sekiranya anda tidak menjawab panggilan telefon atau tidak membalas mesej yang dihantarnya menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Saturday, February 13, 2010

Selamat Tahun Baru Cina Semua

Buat semua, tak kira cina or bangsa lain.
Saya ingin ucapkan

SELAMAT TAHUN BARU CINA
MOGA TAHUN TIGER MBAWA BYK KEUNTUNGAN BUAT KITA SEMUA

Wednesday, February 10, 2010

Apa Hadiah Anda Untuk Si Dia Tersayang, Sempena Hari Kekasih


Emm..pasti ramai yang tengah pening kepala memikirkan hadiah apa yang nak diberi kepada si dia yang tersayang. Tahun lepas dah beli ni, takkan nak beli itu pula tahun ni. Kang merajuk pula si dia...kan? Dalam otak anda pasti asyik fikir itu ini saja. Kadang-kadang memang blank nak fikir hadiah apa yang sesuai untuk si dia sempena hari kekasih ni.

Biasanya, yang selalu saya nampaklah. Jejaka akan membeli hadiah yang saya senaraikan kat bawah ni buat kekasihnya.  Mungkin ada juga yang lebih special dari itu. Tapi yang penting keikhlasan dalam memberi sesuatu hadiah amatlah berharga dari segalanya.Tak kiralah hadiah itu dalam bentuk apa pun, besar ataupun kecil, murah ataupun mahal. 

Bunga ros..hadiah yang memang wajib ada.

Saturday, February 6, 2010

10 Zon Larangan Cinta..Nak Tahu Bacalah!!


Zon larangan cinta, apa tu? Tak pernah dengar pun. Hah...saya tak tahu, kamu juga tak tahu. Apa kata sama2 baca post ni. Harap ia bguna buat semua.

Percintaan bukanlah satu permainan yang boleh bermula dan berakhir sesuka hati. Oleh itu, bagi mempertahankan sebuah percintaan, jangan sesekali melakukan perkara yang tidak patut dalam cinta. Kamu perlu jujur dan tidak perlu berpura-pura. Tunjukkan sifat kamu yang sebenar dan percayalah orang yang mencintai kamu akan sentiasa menerima kamu seadanya. Selain itu, bagi mempertahankan sebuah percintaan, elakkan dari melakukan perkara-perkara ini dalam hubungan kamu.

1. Bercinta kerana simpati dan kasihan

Kamu tidak akan menjadi dewa/dewi penyelamat jika memaksa diri menerima cinta si dia. Perasaan ikhlas dan jujur itu semestinya tidak akan wujud dalam diri kamu seandainya simpati menjadi sebab mengapa kamu sudi bertaut cinta dengan si dia. Jangan terlalu mudah jatuh cinta hanya kerana kasihan si dia terlalu mengharap pada kamu. Pastikan kamu menerimanya kerana keistimewaan yang dia miliki. Andainya tiada langsung rasa cinta dalam diri kamu padanya adalah lebih baik kamu berterus-terang padanya. Si dia lebih kecewa andainya tahu kamu sebenarnya tidak mencintainya seperti mana dia mencintai kamu. Perlu ingat dalam cinta tiada paksaan semua orang berhak membuat pilihan sendiri mengikut naluri masing-masing.

Friday, February 5, 2010

Bertengkar Yang Selamat....Nice Tips, Bacalah!!


PERTELINGKAHAN sentiasa wujud pada setiap masa dan di mana jua. Sama ada di alam percintaan mahupun perkahwinan, pasti pasangan akan berhadapan dengan pertengkaran. Walaupun ada di antara kamu malu untuk mengakuinya, namun itulah hakikatnya.

Wujudnya pertengkaran disebabkan pasangan terlalu mengikut kehendak perasaan, ego ataupun timbul rasa ketidakpuasan hati daripada pasangannya, baik perihal peribadi mahupun pekerjaan.

Ia tidak akan terhenti sekiranya kedua-dua pasangan masih tetap dengan pendirian masing-masing.

Sesetengah pasangan beranggapan, pergaduhan mungkin boleh diibaratkan sebagai seutas tali penguat kasih sayang. Ia membuatkan pasangan mengenali hati budi di samping dapat mempelajari erti sebuah kematangan.
Blog Widget by LinkWithin