Kenalan Cinta

Wednesday, February 10, 2010

Apa Hadiah Anda Untuk Si Dia Tersayang, Sempena Hari Kekasih


Emm..pasti ramai yang tengah pening kepala memikirkan hadiah apa yang nak diberi kepada si dia yang tersayang. Tahun lepas dah beli ni, takkan nak beli itu pula tahun ni. Kang merajuk pula si dia...kan? Dalam otak anda pasti asyik fikir itu ini saja. Kadang-kadang memang blank nak fikir hadiah apa yang sesuai untuk si dia sempena hari kekasih ni.

Biasanya, yang selalu saya nampaklah. Jejaka akan membeli hadiah yang saya senaraikan kat bawah ni buat kekasihnya.  Mungkin ada juga yang lebih special dari itu. Tapi yang penting keikhlasan dalam memberi sesuatu hadiah amatlah berharga dari segalanya.Tak kiralah hadiah itu dalam bentuk apa pun, besar ataupun kecil, murah ataupun mahal. 

Bunga ros..hadiah yang memang wajib ada.
Coklat..best jugakan

Patung...kalau masih remaja tu, oklah juga.

Isss...kalau dapat cincin berlian macam mana pula?

Dapat rantai or gelang emas..best juga

Entah apa lagi hadiah yang paling hebat dari semua ni ya? Kalau terima propose kahwin kan best. Itu amat amat bererti dan saat yang amat ternilai bagi anda. Pasti balik dari dating, senyuman tu sampai ke telinga. Mulalah berangan-angan yang macam-macam. Nak buat majlis macam ini, macam itulah. Apa-apa pun, kita harap bagi sesiapa yang menyambut hari kekasih ni. Sambutlah secara beretika ok. Jangan buat perkara yang jauh dari landasan agama dan moral.

HAPPY VALENTINE DAY SEMUA

4 comments:

Ken Wooi said...

i know im not pening kepala to think of a valentine gift.. haha..

rose and chocs would be nice.. =)

kenwooi.com

Unknown said...

Salam. Orang Islam tidak digalakkan menyambut Hari Kekasih. Mohon bertanya dengan ahli-ahli bijak pandai agama. Babah tak berapa pandai...

Admin said...

sy tahu...apa2 pun happy sll

hatta said...

actually kasih sayang tak perlu satu tarikh tertentu untuk diluahkan sebagai satu hari utk kekasih... patutnya setiap hari adalah hari kekasih...

cuma benda ni dah jadi tradisi dari dulu lagi.. dan bila berlaku cam ni.. jadi x elok la kan.. dan sepanjang hidup hatta.. no valentine day pun..

tapi hak masing2 la kan. cuma hope x taksub sangat.. kalau nak bagi bunga pun bila2 je..

tapi valentine tahun ni bagi chinese couple.. maybe x meriah sgt kut.. sebab sure masing2 balik kg masing2.. hahaha..

Blog Widget by LinkWithin