Credit:Google
FITRAH kehidupan, manusia memiliki sifat-sifat yang dikagumi sehingga membuatkan diri mudah didampingi dan disanjung tinggi oleh insan lain.
Setiap perkara yang ditempuhi dalam rutin kehidupan mematangkan fikiran. Dengan tutur kata yang sopan, bijak berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang matang, sememangnya menjadi pakej diri kamu disenangi ramai. Kongsi tip agar diri mudah dicintai.
* Positif
Menerusi buku The Secret, terbitan Rhonda Byrne, setiap perkara baik seharusnya bermula dengan sikap positif. Mula berprasangka baik terhadap insan lain sehinggalah membuatkan diri kamu sentiasa berfikiran positif walau apa jua perkara yang dilakukan. Sikap positif itu akan terpancar umpama daya tarikan magnet, yang akan menarik orang di sekeliling untuk mendekati diri kamu.