Kenalan Cinta

Saturday, November 20, 2010

Hakikat Sebuah Pernikahan

Credit:Google


Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan. Hakikat yang seperti apakah yang
paling membahagiakan?  Mana satu pula pilihan hati anda?


1- Jika hakikat pernikahan adalah kerana NAFSU, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.


2- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup.


3- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.


4- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.


5- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.


6- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagi pula manusia. Yang dicintai pasti MATI / PERGI.


7- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.

4 comments:

samanosuke_04 said...

hmmm...
cam penah dgr bende nie..
nie hadis kan? aku ingat ader satu lagi, kalo kawen kerana darjat pompuan tue (artis famous ke), akan jadi hina...

Admin said...

yg tu saya tk pasti...maybe juga

Chantek ^^ said...

Emm..ini yang buat saya berfikir dua tiga kali nak kahwin..x tau apa dlm kpl lelaki sbnrnya bila bincg sal kahwin..

Admin said...

emm kalau dah jodoh, dah tiba seru..kahwin je....

Blog Widget by LinkWithin