Kenalan Cinta

Wednesday, November 24, 2010

Petua Untuk Mendapat Jodoh - Part 1

Credit:Google

Semua orang mengimpikan bertemu jodoh yang baik dan seterusnya mendirikan mahligai yang diimpikan bersama dengan diserikan putera puteri bukti cinta dan kasih yang terbina dalam hubungan cinta suci itu. Namun dalam proses mencari jodoh, maybe pelbagai dugaan dan halangan yang kita tempuhi. Adakalanya kita akan kecundang. Tapi janganlah berputus asa. Tanpa usaha, tiada berhasil sesuatu yang kita lakukan or kehendaki.


Yang penting lepas berusaha, berdoa dan bertawalkal kepada Allah. Mudahan semuanya berjalan dengan baik dan apa yang kita hajatkan tertunai hendaknya. So, bagi memudahkan anda mencari jodoh terbaik untuk diri anda, anda bolehlah try tips2 dibawah ini. Mana tahu ia dapat membantu anda serba sedikit dalam menuju ke gerbang perkahwinan yang diimpikan.


Pilihlah mana-mana amalan yang anda suka untuk diamalkan atau anda juga boleh lakukan kesemuanya sekali sekiranya mampu.


1. Membaca surah Yaasin setiap malam sebab dalam satu hadist nabi bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman.


2. Membaca surah Fatihah berulang-ulang kali, niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh. Juga terdapat dalam sebuah hadist, yang mana surah fatihah ada beberapa keberkatan antaranya diberi jodoh, baca berulang-ulang contoh 1x atau 3, 5, 7 atau seberapa yang anda suka dan niatkan supaya Allah swt berikan jodoh yang baik dan soleh.


3. Melakukan sembahyang hajat selama 3 hari berturut-turut dengan penuh kusyuk dan pengharapan, dan lakukan juga amalan-amalan lain yang baik-baik, contoh sedekah, zikir, ziarah orang sakit, yang penting hati sentiasa bergantung harap kepada Allah sahaja, jangan harap dari selain Allah, berdoa dengan sungguh-sungguh, dengan nada suara yang lembut dan merendah diri. Adukan masalah anda kepada Allah swt, jika seseorang merahsiakan masalahnya kepada manusia, kemudian mengadu hanya kepada Allah, maka Allah swt akan bantu dia, jika dia mengeluh kepada manusia maka Allah swt tidak akan bantu dalam masalah tersebut.


4. Berdoa disetiap selepas sembahyang 5 waktu, dengan berdoa untuk minta jodoh sahaja selama 20 minit-30 minit. Berdoa dengan mata separuh pejam. Insyaallah


5. Bangun tengah malam sembahyang tahajjud, kemudian solat taubat 2 rakaat, kemudian sembahyang hajat beberapa rakaat yang anda mampu. Lagi banyak lagi baik. Kemudian berdoa dengan kusyu’, insyaallah.


6. Solat hajat 2 rakaat –> Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, sehingga datang rasa benar-benar yakin yang Allah swt telah makbulkan. Kalau masih tak yakin usahakan pada malam berikutnya sehigga datang keyakinan. Bila anda telah benar-benar yakin bahawa doa anda telah makbul, insyaallah, tunggulah kehadiran orangnya (Tawakkal).

.......be cont.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin