Hati seorang wanita memang agak payah dimengertikan. Pelbagai emosi dan perasaan yang bergolak dalam hati seorang wanita. Kadang2 sukar nak dijangka. Macam bom atom pun ada.....hehehe.
SENSITIF : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
CEREWET : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang2 ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali-sekala.
HALUS : Ibarat sehalai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak..walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.