Kenalan Cinta

Saturday, June 18, 2011

6 Punca Yang Menyebabkan Kedutan Pada Wajah


masalah-kulit-berkedut


Kedutan pada wajah adalah satu masalah yang sering cuba dielakkan oleh seseorang terutamanya wanita. Masalah ini mungkin dapat dikurangkan sekiranya anda mengetahui apakah punca yang menyebabkan kedutan tersebut. Tetapi, ada sesetengah punca yang khusus tidak dapat untuk dielakkan. 


Juling- Tahukah anda bahawa juling akan menyebabkan tisu kulit halus dibahagian mata akan menghasilkan satu garisan yang dalam. Ia akan kelihatan seperti kedutan pada bahagian mata. Sekiranya anda mengalami masalah ini, dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat pakar. Pada masa kini, terdapat pelbagai rawatan yang menawarkan penyelesaian untuk masalah ini. Ia juga dikatakan dapat disembuhkan dengan sendiri. 



Antara rawatannya ialah:
  • Cermin mata biasanya digunakan untuk membantu mata melihat dengan lebih baik
  • Ubat airmata atau ointment boleh juga diberi, dengan atau tanpa cermin mata. Ubat suntikan kedalam otot mata kadang-kadang juga diberikan.
  • Operation kadang-kadang diperlukan untuk menyelarikan mata
  • Latihan senaman mata juga boleh dilakukan untuk juling yang tertentu.


Ketawa- Apabila kanak-kanak ketawa, kulit tidak akan terjejas oleh tindakan regangan yang berlaku, ini disebabkan kekenyalan kulit pada usia muda. Tetapi apabila orang dewasa ketawa, kulit muka yang meregang tidak kembali ke bentuk asal disebabkan kekenyalan kulit yang telah berkurangan mengikut usia. Disebabkan itu anda dinasihatkan untuk mengawal apabila hendak ketawa. Ia juga menunjukkan satu adab yang sopan.


Penuaan- Faktor usia sememangnya tidak dapat dielakkan. Ini disebabkan oleh lemak dan kolagen di bawah kulit berkurangan, menyebabkan kedutan terbentuk. Ianya bukanlah merupakan satu masalah sekiranya kedutan terbentuk bersesuaian dengan usia anda.


Merokok- Seseorang yang merokok akan kelihatan lebih tua berbanding orang yang tidak menghisapnya. Ini disebabkan rokok akan memusnahkan kulit yang membawa oksigen dan nutrien penting yang mengekalkan kulit yang sihat dan kelihatan muda. Cara terbaik untuk mengelakkan kedutan pada wajah adalah dengan berhenti merokok.


Alkohol- Minuman keras akan menyebabkan kulit anda terhidrasi atau dengan erti kata lain mengeringkan kelembapan kulit. Dan ini akan menyebabkan anda kelihatan lebih tua.


Matahari- Sinar ultraviolet matahari memberi kesan kemusnahan pada kulit, menyebabkan kulit kehilangan kesegaran. Cuba elakkan daripada terkena sinaran matahari yang terik.


p/s: So...untuk mengelakkan kedutan makin ketara sebelum tiba masanye...amalkan tips2 yang telah dinyatakan tadi...:)
Blog Widget by LinkWithin