Kenalan Cinta

Sunday, February 21, 2010

10 Alasan Dia Harus Nyah Daripada Hidup Anda...Kenapa? Baca Post Ni Baik2


 PENDERAAN
 
Jika si dia mendera kamu secara fizikal @ mental, ia memang tidak boleh dimaafkan..perbuatan itu juga tidak boleh dibiarkan sama sekali kerana ia akan jadi seperti satu aktiviti dan yang menjadi mangsanya adalah pompuan..oleh itu nyahkan si dia dan mulakan hidup yang baru.
 
TIDAK ADA SIFAT SALING PERCAYA
 
Si dia selalu berprasangka buruk pada kamu dan apa yang kamu lakukan..konon King Control la..Ayuh, buat apa nak peningkan kepala..Nyahkan dia juga.
 
ENGGAN MENGAKUI KESILAPAN DIRI
 
Sikap sebegini membuatkan si dia sering meletakkan kesilapannya keatas diri kamu walhal kesilapan itu berpunca daripadanya..Manusia jenis ini memang tidak boleh diberi muka langsung, menyusahkan hidup lagi ada la.
TERLALU EGO
 
Sikap ini membuat kamu rasa meluat dengan tingkah lakunya yang suka meninggi diri..Macam dia saja yang bagus..Kaum Adam memang terkenal ngan sikap ini, tapi orang perempuan pun apa kurangnya?Jika dapat pasangan seperti ini, cepat-cepat selamatkan diri yer.
 
PENTINGKAN DIRI DAN TIDAK BOLEH BAWA BINCANG
 
Si dia tidak pernah ambil kisah keperluan kamu..Hanya membayangkan kehendaknya sahaja..Keputusan si dia selalunya muktamad dan kamu tidak ada pilihan lain.
 
PENIPU
 
Jauhkan diri dari pasangan yang ada sifat ini..Lebih teruk lagi apabila si dia menipu dengan sengaja dan kamu dapat 'menghidunya'.. Nyampah tul..Singkirkan dia seberapa segera agar sinar bahagia menjelma.
 
CEREWET
Dia pasangan paling cerewet pernah kamu kenal..Ada saja komen dia mengenai kamu..Semua serba tak kena..Lama-kelamaan kamu lemas dengan caranya itu..Jangan menempah 'maut' menjalin hubungan mesra dengannya.
 
PEMALAS DAN PENGOTOR
 
Pemalas?oh, tidak..Kalau dibagi muka, nanti dia malas membersihkan barangan peribadi apatah lagi kalau disuruh kemas rumah..Sanggupkah kamu hidup dengan org sebegini?
 
KEDEKUT
 
Paling sukar untuk si dia mengeluarkan belanja..Serba-serbi kamu yang kena keluar duit dan si dia boleh buat muka selamba.
 
UNGKIT KESILAPAN
 
Si dia cukup suka mengungkit kesilapan kamu sehingga menimbulkan pergaduhan..Ini membuatkan hubungan akan jadi semakin hambar.

Jadi anda mahu pilih yang mana satu? Hidup bahagia disamping pasangan atau singkirkan saja dia? Dari hidup makan hati setiap hari.

9 comments:

ezzati said...

mmang betul sume ni..setuju!!

Unknown said...

waa...ksemua 2 da pd ku..
tp pngotor??? bkan la aku..

Cheese Monster said...

bukk!! tepek atas hidung aku. adeii...

Admin said...

hahaha...mcm2 hal..apa2 pun pilih mn yg suai dgn hati anda

kisahsensasi said...

setiap perkara yang dinyatakan adalah antara perkara yang normal akan ada pada seseorang individu

Aiza Abd Rahman said...

yup!!!
laki2 tidak harus cemburu!!
mcm ape? mcm ape? mcm pondan~
hihihhi...

usha2 bllog awk nie laa..pink sgt2..entry pon leh tahan syok2 and bnyk info..
saye nk join laa mcm nie..
i follow u!

Admin said...

takkan mcm pondan aiza. adakala ok juga cemburu, cuba jgn keterlaluan. ok tq aiza..ceria sll

Unknown said...

setuju semua!

hat yang pengotr tu paling setuju!!!

kuat jeles!

ego!

penderaaa paling menakutkan! =P

Admin said...

hahaha..yelah plg tk suka pgotor

Blog Widget by LinkWithin