Kenalan Cinta

Monday, December 20, 2010

8C Sebab Suami Benci Isteri

 Credit:Google
8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa, alpa dan lalai, ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan anak anak; keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.


C1. CABAR
 
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata… 


C2. CABUL
 
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan dan tutur kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

Wednesday, December 15, 2010

Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah

 Credit:Google


Ustazah Siti Nur Bahyah berkata,


1) P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terim! a kasih apabila diberi pertolongan.


2) Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.


3) P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.


4) 'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

Wednesday, December 8, 2010

Mutiara Kata Buat Tatapan Minda


  • Berfikirlah sebelum berkata kata, jangan berfikir sesudah berkata kata sebab sebelum perkataan keluar kita punya, apabila sudah keluar orang punya. Dari kata kata kita dapat mendapat banyak kawan kawan dan lawan
  • Sesungguhnya terselit pengertian cinta yang berbunyi. Cinta pada bunga ia akan layu, cinta pada kumbang ia akan mati dan cinta pada Tuhan akan tetap kekal
  • Menerima pasangan hidup secara terburu buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun
  • Terburu buru Dengan perasaan seriang dianggap tiket menempah kehancuran. Tetapi tenang, yakin dengan semangat dan usaha biasanya berakhir dengan kejayan serta dapat membentuk keperimanusiaan

Sunday, December 5, 2010

Tips Berdepan Dengan Suami Sensitif & Pemarah

Eiii.....geramnyee...!!

Ego seorang suami ada kala sering disalahgunakan sehingga menyebabkan keruntuhan rumah tangga. Lebih menyedihkan lagi jika ia hanya berpunca daripada masalah kecil yang tidak sepatutnya menjadi punca perbalahan. Tambah menakutkan jika ada suami yang sanggup memukul isteri apabila berasa egonya tercabar.


Lelaki pemarah biasanya tinggi egonya. Mereka jarang rasa bersalah biarpun tindakan mereka melukakan hati si isteri. Keadaan seperti ini sudah pasti menyukarkan bagi sesebuah perkahwinan apatah lagi, jika pasangan berdepan dengan masalah seperti kesuburan dan sukar menimang cahaya mata. Sekiranya anda berada dalam situasi sebegini, anda perlu lebih berstrategi untuk berdepan dengan suami yang ego dan lekas marah apabila diajak berbincang.


Perlu diingat, antara topik yang sukar dibincang oleh pihak suami ialah berkenaan seks dengan isteri, kesuburan ataupun masalah kelelakian. Ada sesetengah suami boleh mengugut menceraikan isteri kerana masalah sebegini. Jadi, bagi membantu anda berdepan dengan situasi sebegini, pihak isteri perlu bijak memilih pendekatan bagaimana caranya berdepan dengan mereka.

Monday, November 29, 2010

Petua Untuk Mendapat Jodoh - Part 2

Credit:Google


Kita sambung lagi coretan hot hot ni. Untuk baca part 1, petua untuk mendapat jodoh. Sila clik link di bawah ni ya:  

Petua Untuk Mendapat Jodoh - Part 1 

Sambungan:

7. Betulkan niat, nak kahwin kerana Allah, untuk selamatkan diri samada dari maksiat, ingin mendapat zuriat, untuk memudahkan menjalankan perintah Allah. Sabda nabi SAW, Allah menjamin untuk menolong 3 golongan:


1. Seseorang yang berjihad dijalannya
2. Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya
3. Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya


8. Berdoa dengan kusyuk diwaktu tertentu yang mustajab atau ditempat-tempat tertentu yang mustajab. Contoh: Diantara azan dan Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat. dalam keadaan suci, badan, pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam kelaparan.

Wednesday, November 24, 2010

Petua Untuk Mendapat Jodoh - Part 1

Credit:Google

Semua orang mengimpikan bertemu jodoh yang baik dan seterusnya mendirikan mahligai yang diimpikan bersama dengan diserikan putera puteri bukti cinta dan kasih yang terbina dalam hubungan cinta suci itu. Namun dalam proses mencari jodoh, maybe pelbagai dugaan dan halangan yang kita tempuhi. Adakalanya kita akan kecundang. Tapi janganlah berputus asa. Tanpa usaha, tiada berhasil sesuatu yang kita lakukan or kehendaki.


Yang penting lepas berusaha, berdoa dan bertawalkal kepada Allah. Mudahan semuanya berjalan dengan baik dan apa yang kita hajatkan tertunai hendaknya. So, bagi memudahkan anda mencari jodoh terbaik untuk diri anda, anda bolehlah try tips2 dibawah ini. Mana tahu ia dapat membantu anda serba sedikit dalam menuju ke gerbang perkahwinan yang diimpikan.


Pilihlah mana-mana amalan yang anda suka untuk diamalkan atau anda juga boleh lakukan kesemuanya sekali sekiranya mampu.


1. Membaca surah Yaasin setiap malam sebab dalam satu hadist nabi bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman.

Saturday, November 20, 2010

Hakikat Sebuah Pernikahan

Credit:Google


Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan. Hakikat yang seperti apakah yang
paling membahagiakan?  Mana satu pula pilihan hati anda?


1- Jika hakikat pernikahan adalah kerana NAFSU, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.


2- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup.


3- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.


4- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.

Friday, November 19, 2010

Petua 8P Untuk Suami Isteri

Credit:Google

Untuk hidup bahagia bersama insan tersayang, suami isteri boleh amalkan PETUA 8P yang disenaraikan dibawah ini ;

1. PUJI : iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. PELUK : yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. PENGHARGAAN : di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. PERHATIAN : yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. PERSEFAHAMAN : persefahaman suami isteri mesti dipupuk sejak dari awal perhubungan. Suami isteri perlu bertolak ansur antara satu sama lain.

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Qurban



Di malam yg sayu2 kedengaran takbir, saya ingin mgambil kesempatan ini, mgucapkan SELAMAT HARI RAYA QURBAN buat semua umat Islam di dunia ini terutamnya buat pengunjung or pembaca blog saya yg tk seberapa ini.


Kiranya ada bahasa dan tingkahlaku yg tak myenangkan tu. Haraplah dimaafkan ye. Biasalah kita ni manusia biasa, tak pernah lari dr melakukan kesilapan sama ada sedar mahupun tak sedar. So, kosong2lah...mcm org selalu kata...hehe.


Bagi yg balik kampung tu naik kenderaan sdiri or kenderaan awam, hati2lah di mana saja anda berada. Moga sampai dgn selamat ke pangkuan keluarga tersayang yg menanti kepulangan anda di hari yg penuh bmakna ini. Kalau makan rendang ketupat tu, jangan lupa yg kurang upaya ya. SALAM AIDIL ADHA. SENYUM2 SELALU.

Saturday, October 30, 2010

Petua Agar Diri Disayangi dan Disenangi

Credit:Google

FITRAH kehidupan, manusia memiliki sifat-sifat yang dikagumi sehingga membuatkan diri mudah didampingi dan disanjung tinggi oleh insan lain.

Setiap perkara yang ditempuhi dalam rutin kehidupan mematangkan fikiran. Dengan tutur kata yang sopan, bijak berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang matang, sememangnya menjadi pakej diri kamu disenangi ramai. Kongsi tip agar diri mudah dicintai.


* Positif

Menerusi buku The Secret, terbitan Rhonda Byrne, setiap perkara baik seharusnya bermula dengan sikap positif. Mula berprasangka baik terhadap insan lain sehinggalah membuatkan diri kamu sentiasa berfikiran positif walau apa jua perkara yang dilakukan. Sikap positif itu akan terpancar umpama daya tarikan magnet, yang akan menarik orang di sekeliling untuk mendekati diri kamu.

Friday, October 22, 2010

Kasih Sayang Ibu

Tak tergambar oleh kita betapa besar dan sucinya kasih seorang ibu terhadap anaknya. Sejak dalam kandungan, ibu menanggung segala kesakitan dengan penuh kesabaran. Begitu juga selepas kita dilahirkan, ibu mengasuh dan menjaga dengan penuh kasih sayang yang tak berbelah bagi.


Kita sebagai anak, tak akan mampu membalas jasa ibu yang selama ini membesarkan kita sehingga dewasa. Walaupun beribu, berjuta wang dipertaruhkan. Ia masih tak mampu membalas jutaan kasih ibu yang memang tak ternilai harga dan semestinya tiada apa pun di dunia ini dapat membeli kasih seorang ibu.


Monday, October 18, 2010

Tercipta Untukku

Credit:Google

Tercipta Untukku

Artist: Ungu
Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Friday, October 15, 2010

Belajar Kasih Sayang Dari Binatang

Erti kasih sayang bukan saja tergambar pada perbuatan manusia saja tapi juga binatang. Dan alangkah indahnya jikalau di setiap kehidupan manusia dilingkupi kasih sayang, sama ada kasih sayang sesama manusia mahupun binatang. Namun, amat sedih perasaan kasih sayang dalam diri manusia itu semakin kikis di telan oleh perubahan zaman dan era yang makin moden sekarang.


Bermacam2 gejala dan perbuatan yang menyedihkan seperti buang bayi dan bunuh anak, berlaku dalam masyarakat kita sekarang. Seolah-olah sekarang manusia lebih bersikap kebinatangan. Sedangkan binatang itu sendiri mempunyai perasaan sayang terhadap anak mereka. Inikan manusia yang diberi akal fikiran. Sanggup berlaku kejam dari binatang. Mana perginya hilang kasih sayang dalam diri manusia sekarang agaknya? 


Fikir2kanlah. Dan cubalah belajar kasih sayang dari binatang ini. So sweetkan. Moga kasih sayang sentiasa ada dalam diri setiap manusia sekarang wpun era moden makin mengikisnya dari hati manusia.


Sunday, October 10, 2010

10/10/10 Tarikh Keramat: First time kena TAG !

Hari ni nak dikatakan bertuah sangat taklah. Tp tciptalah jua sejarah dlm dunia blog. Sejarahnyeee...1st time kena tag oleh member blogger. Siapa dia....ni lah dia: Syamil Hafiy, pemilik blog 'Suka Sukaa'. Tq byk2 ye sbb sudi tag saya.


So, step seterusnye...kenalah jwp beberapa soalan yg tklah memeningkan kepala pun.


1. apa yang sedang bermain di fikiran anda sekarang ?
  • Update blog
2. apakah nama samaran anda ?
  • Rahmah
 3. senaraikan 3 orang yang anda sayang 
  • Ayah, mak dan diri sendiri :)
4. panggilan untuk si dia .
  • Darling
5. hadiah yang paling diimpikan dari yang teristimewa 
  • Keikhlasan dlm phubungan
6. belog mana yang paling suka visit ?
  • Apa2 saja jenis blog...:)
7. tag kepada 15 blogger anda

Org btuah kena tag ialah:

Monday, October 4, 2010

Dia Milikku - Nuno, Yovie

Dia Milikku - Nuno, Yovie

Tajuk/Lirik Lagu: Dia Milikku
Penyanyi: Yovie & Nuno

Semula ku tak tahu
Engkau juga kan ingin memilikinya
Bukankah ku lebih dulu
Bila engkau temanku
Sebaiknya tak mengganggu

(Korus)
Dia untukku, bukan untukmu
Dia milikku, bukan milikmu
Pergilah kamu, jangan kau ganggu
Biarkan aku mendekatinya

Kamu tak akan mungkin mendapatkannya
Karena dia berikan aku pertanda juga
Janganlah kamu banyak bermimpi, oooh
Dia untuk aku

Saturday, October 2, 2010

Kejujuran Bukti Cinta Sejati



PERCINTAAN bukan pasti berakhir dengan perkahwinan, malah ada pasangan yang bercinta bagai Laila dan Majnun tetapi akhirnya putus di pertengahan jalan.

Justeru, apabila mengingatkan kisah percintaan lama, pasti ramai di antara kita yang tersenyum sendiri. Bagi lelaki dan wanita, mereka tentu mempunyai kisah percintaan sendiri yang kadangkala jika ditulis boleh dibuat novel.

Ada yang kecewa akibat bercinta mengambil keputusan terus membujang sehingga tua, seolah-olah cinta pertama itu terlalu agung dan tidak boleh diganti dengan percintaan lain.

Namun, bagi kebanyakan kita, jodoh pertemuan ketentuan Ilahi. Justeru, apabila gagal dalam percintaan pertama, kedua dan seterusnya, masih ada ruang untuk mengubat kedukaan itu.

Monday, September 27, 2010

D’Masiv – Merindukanmu

 
 
 

Lirik Lagu D’Masiv – Merindukanmu

saat aku tertawa di atas semua
saat aku menangisi kesedihanku
aku ingin engkau selalu ada
aku ingin engkau aku kenang

reff:

selama aku masih bernafas
masih sanggup berjalan
ku kan slalu memujamu
meski ku tak tahu lagi
engkau ada di mana

dengarkan aku ku merindukanmu
saat aku mencoba merubah segalanya
saat aku meratapi kekalahanku
aku ingin engkau selalu ada
aku ingin engkau aku kenang

repeat reff

Thursday, September 23, 2010

Mutiara Cinta Hati

Credit:Google

Mutiara Cinta hatiku dan juga anda:

Cinta yang dikaitkan dengan kepentingan pribadi akan berubah menjadi putus asa.

Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan.
 
Cinta pertama adalah kenangan, Cinta kedua adalah pelajaran, dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan karena hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Karena itu jagalah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.

Tangisan bukanlah pengobat cinta karena ia tidak mengerti perjalanan hati nurani.

Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta karena cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh kasat mata, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.

Dalam sebuah percintaan, janganlah kamu sesali perpisahan tetapi sesalilah pertemuan. Karena tanpa pertemua tidak akan ada perpisahan.

Ibaratkanlah kehilangan cinta itu seumpama hilangnya cincin permata di lautan luas yang tiada bertepi dan harus dilupakan. 

Wednesday, September 22, 2010

Kenali Wanita Anda Melalui 4 Unsur Alam

Credit:Google

Mana satukah anda?

WANITA TANAH 
 
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20 Mei),Virgo(24 Ogos-23 September)dan Capricon(22 Disember-20 Januari).

*seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal.
*Penyabar dan bertolak ansur,mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yng pendiam dan tenang.
*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif,serius dan sederhana.
*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa. 


WANITA API 
 
Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac-20 April),Leo(24 Julai-23 Ogos) dan Sagittarius(23 November-21 Disember).
*Dilahirkan sebagai pemimpin
*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
*Seorang yang artistik dan sukar dijangka,tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah,mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris.
*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan. 

Monday, September 20, 2010

Hanya Kerana Cinta


(by Hafiz AF7, Aril AF7, Ayu OIAM,  Tini Hotfm dan Anne Hotfm )
-utk dgr lagu, clik tajuk lagu-

Keaadaan kita memang sukar
Bukan kerna cinta yang menghalang
Walaupun terpaksa kita terpisah
Namun hanya untuk seketika saja

Tak pernah lepas dari cobaan
Dalam perjalanan percintaan
Tapi ku relakan cintaku untuk mu
Yakin pada tulusnya kasih mu.

c/o
Hanya kerana cinta ku melangkah jauh
Sanggup menyepi mencari ilham ku
Tak ada yang lebih dari itu

ooohhhh~

Hanya kerana cinta ku bersujud pasrah
Mengharapkan belas maaf dari mu
Tak ada yang lebih
tak ada yang lebih
dari itu

Hanya kerana cinta ku melangkah jauh

Oooooo

Bawalah aku ke dalam mimpi mu
Agar ku dapat bersama mu
Walaupun hanya sementara
Sentuhan mu indah

Hanya kerana cinta ku melangkah jauh
Sanggup menyepi mencari ilham ku
Tak ada yang lebih dari itu

Hanya kerana cinta ku bersujud pasrah
Mengharapkan belas maaf dari mu
Tak ada yang lebih
tak mungkin yang lebih
dari itu

Friday, September 10, 2010

Salam Lebaran. Ampun Maaf Dipinta

Sempena hari baik, bulan baik ni.
Saya hulurkan tangan memohon maaf.
Kiranya ada tsalah bahasa samada sedar or tak spjg dlm dunia blog ini.
Harap dimaafkan ye.

Mudahan Raya tahun ni lebih meriah dr thn2 lepas.
Kalau makan tu jgn kita lupa kpd org yg hdp dlm kesusahan.
Sama2lah kita doakan kesejahteraan umat Islam semua.
Di dunia dan jua di akhirat.

Amin........SALAM LEBARAN.
MAAF ZAHIR BATIN.

Friday, September 3, 2010

Belajar Ubati Kekecewaan



RASA kecewa atau kesal ada pada setiap orang. Bagi remaja, perasaan ini memang sudah sinonim. Masalah keluarga, putus cinta dan gagal dalam peperiksaan adalah antara punca utama. Kebiasaannya apabila sudah terkena ‘penyakit’ kecewa, ramai yang sukar mengikisnya.


Berasa kecewa atau kesal adalah normal, malah anda boleh dikatakan ‘tidak normal’ jika tidak pernah berasa kecewa sepanjang hidup! Bagaimanapun, jangan biar ia menguasai diri hingga mendorong anda bertindak luar dugaan dan mengalami tekanan yang boleh merosakkan diri dan kerjaya.


Sebagai remaja, anda perlu mengharunginya dengan matang. Cuba belajar untuk mengubati kekecewaan. Tidak semestinya rasa kecewa itu akan berterusan kerana jika kita yakin dan terus bersemangat pasti ada harapan pada masa depan.


Berikut beberapa panduan untuk membuang rasa kecewa:


- Terima kenyataan

Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Sebagai manusia, kita tidak boleh menentukan kehidupan kerana segalanya bergantung kepada takdir dan ketentuan Ilahi. Apa yang boleh kita lakukan ialah berusaha mengubah nasib kita.

Saturday, August 28, 2010

Kata Mutiara Ramadhan



Andai semua HARTA adalah RACUN, maka ZAKATlah penawarnya. Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAQWA dan TAUBAT ubatnya, jika semua BULAN adalah NODA maka RAMADHAN adalah pembersihnya, marhaban ya ramadhan.


Hati yang terluka mungkin masih membekas, semoga di bulan suci ramadhan ini dapat di maafkan, selamat menunaikan ibadah puasa.
 
 
Embun suci di pagi hari, hati yg bersih ‘kan lahir kembali. Bulan ramadhan telah menanti, bersihkan diri menghadap Ilahi.

Saturday, August 21, 2010

Siti Nurhaliza - Ku Percaya Ada Cinta

Credit:Google

KU PERCAYA ADA CINTA 

Mereka meragui
Wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Chorus 1

Ku rela..
Biar betapapun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya..
Tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta..
Tersembunyi hikmahnya pasti

Chorus 2

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tiap satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Friday, August 20, 2010

Takdir Cinta


 Lirik Lagu Rossa – Takdir Cinta

ku tutup mataku
dari semua pandanganku
bila melihat matamu
ku yakin ada cinta
ketulusan hati yang mengulir lembut

penguasa alam tolonglah pegangi aku
biar ku tak jatuh pada sumur dosa
yang terkutuk dan menyesatkan cintaku

reff:
andaikan ku bisa lebih adil
pada cinta kau dan dia
aku bukan nabi yang bisa sempurna
ku tak luput dari dosa

Thursday, August 19, 2010

5 Jenis Lelaki Yang Harus Dihindari

 Credit:Google


Terlerainya sebuah ikatan percintaan bukanlah jalan penyudah kepada sebuah kehidupan. Bagi yang sedang bersedih kerana ditinggalkan oleh kekasih, jangan mudah berputus asa dan anggaplah jodoh anda berdua tiada. Cubalah bangkit dengan semangat baru dan buangkan semua kenangan lalu. Pastinya kehidupan yang dilalui kini akan lebih bererti.


Melempar jauh bekas kekasih lama secara tidak langsung memberi peluang kepada diri mengenali insan baru dalam hidup. Dalam proses mengenali pasangan baru tersebut, tidak salah rasanya mengatur janji temu. Siapa tahu, jejaka yang baru dikenali itu adalah jodoh anda.


Pun begitu, langkah berhati-hati harus diambil. Bukan apa, bimbang jejaka yang dikenali itu tidak sesuai dijadikan pasangan. Untuk itu, perhatikan sebaiknya gaya dan sikapnya saat bertemu nanti kerana terdapat 5 jenis lelaki yang harus dihindari dan tidak sesuai dijadikan kekasih.


1. Lelaki Yang Inginkan Pacar Mirip Bekas Kekasihnya

Kaum lelaki biasanya sulit mengawal perasaannya sendiri. Melalui fasa sedih akibat putus cinta sering membuatkan lelaki mengambil tindakan mencari teman baru. Dalam pada itu, mereka juga cenderung membandingkan teman wanita baru mereka itu dengan bekas kekasih lama. Untuk itu, sebaiknya siasat dahulu adakah dia telah benar-benar melupakan bekas kekasihnya itu atau sebaliknya.

Monday, August 16, 2010

Mencari Kejujuran Pasangan

 Credit:Google


Mengetahui bahawa pasangan kita tidak jujur terhadap kita tentu sahaja merupakan sesuatu yang menyakitkan. Selain itu, ketidakjujuran tersebut boleh menjadikan hubungan tersebut tidak sihat dan hilang kepercayaan.


Memang benar pada beberapa situasi, berbohong lebih baik daripada mengatakan yang sebenarnya. Namun terhadap pasangan haruslah jujur. Sekali sahaja anda berbohong, maka ia akan menjadi satu kebiasaan. 


Sekali berbohong maka anda akan mencari alasan lain lagi untuk menutupi kebohongan yang pertama, yang boleh menimbulkan stres. Menurut seorang ahli psikologi Amerika, berbohong boleh diterima, tetapi tidak dengan orang yang dicintai.


Jika anda tidak dapat menemukan kebenaran daripada pasangan, pada siapa lagi anda dapat memperolehinya? Meskipun kejujuran kadang-kadang memang menyakitkan dan membuat stres, tetapi untuk jangka panjang anda tidak akan mendapatkan kepercayaannya tanpa ada kejujuran dalam suatu hubungan. 

Wednesday, August 11, 2010

~~Aku kan Terus Pergi~~

Melayan perasaan jiwa yg tluka...haha.
Aku kan terus pergi ~ Leya AF4 [ost kasihku abadi] 
Sakitnya hati ini bila ditinggalkan saja,
apakah yang ku beri tiada erti cinta,
buat apa ku disini,

mengharap yang takkan kembali,
sia-sia pengorbananku,
cukup kau menyalahkanku.

Aku kan terus pergi,
tanpa ragu,
ku hapus segala kenangan,


Aku kan terus pergi,
tinggalkanmu,
Ku pasti takkan kembali.
Mulanya diri ini mampu saja tuk bersabar,

Akhirnya semua punah,
ku tak bisa tegar,
Bagai mengejar pelangi,
makin ku dekat kau jauhi,

Sunday, August 1, 2010

Cara Si Dia Menguji Cinta

 Credit:Googgle

Demi menguji sejauh mana kesetiaan yang diberikan, si dia sanggup melakukan apa saja demi mempertahankan ketulusan cinta yang dibina.


ALAHAI lelaki, walaupun sudah berkali-kali si dia mengucapkan perkataan cinta, namun masih tidak cukup untuk membuktikan kesetiaan terhadap mereka.


Seandainya si dia memiliki kriteria yang diimpikan, tetapi bagi sesetengah jejaka itu bukanlah faktor yang membuatkan dia memilih kamu. Pelbagai cara dilakukan demi menguji kesetiaan yang dibina.


Tidak dinafikan, mereka mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri dalam mengenalpasti kesetiaan yang diberikan, sepanjang menjalinkan hubungan bersama teman wanitanya.


Yang pasti, dia akan cuba melakukan pelbagai cara dalam menentukan sama ada anda layak ataupun tidak bertakhta di hatinya.


Adakah si dia materialistik? Sering menjadi persoalan kebanyakan kaum lelaki. Untuk mengetahui sejauh mana tahap materialistik anda, mereka akan menguji dengan cara ini:


Memberi hadiah murah

Reaksi kamu: Sering bertanyakan soal harga, jenama, di mana membelinya dan tidak mahu sesekali menyimpan barang tersebut. Kamu gagal.

Reaksi kamu: Gembira dengan pemberian yang amat bermakna dan terus memakainya. Kamu lulus.

Monday, July 26, 2010

5 Tanda Si Dia Masih Ingat Kekasih Lama


Melupakan kekasih lama bukannya mudah. Sebab itulah ada sesetengah wanita masih tidak dapat melupakan memori manis bersama bekas teman lelakinya walaupun sudah menemui cinta baru. 

Berikut ialah beberapa tips yang boleh kamu perhatikan untuk mengetahui apakah kekasihmu itu sudah melupakan bekas kekasihnya atau tidak?


1. Dia sering membandingkan kamu dengan bekas teman lelakinya. Ini bermakna dia sebenarnya masih tidak dapat melupakan bekas teman lelakinya, sebab itulah dia sering mengatakan kamu mengingatkannya terhadap si dia.


2. Dia mengajak kamu membina hubungan lebih serius dengan tergesa-gesa. Misalnya berkenalan tidak sampai beberapa bulan sudah mengajak kamu bertunang. Ini bermakna dia sebenarnya cuba menutup perasaan dirinya yang masih berbelah bahagi dan untuk menyelamatkan keadaan, dia membina komitmen baru.


3. Sikapnya sering berubah-ubah. Semalam layanan yang diberikan terhadapmu cukup mesra. Hari ini, dia seolah-olah cuba menjauhkan diri. Jika ini sikapnya, bermakna dia masih lagi terperanjat gara-gara putus cinta dengan bekas teman lelakinya.

Friday, July 23, 2010

9 Panduan Bapa Menghadapi Saat Kelahiran


Entry tbaik buat bakal bapa. Yang belum jd or bakal bapa pun boleh baca entry ni utk persediaan di masa akan datang. Yelah setiap org pasti akan menempuh saat indah itu....betul tak?

Peranan papa di dalam bilik bersalin bukan sekadar menemani si isteri. Lebih daripada itu, anda seharusnya menjadi pembakar semangat agar isteri terus kuat untuk melalui proses kelahiran. INTAN JASTINA JAMALUDDIN menggariskan panduan yang patut anda ikuti untuk bergelar penguat semangat yang paling hebat.


1. Tahu apa yang bakal berlaku



Pastikan anda dan isteri sudah memenuhkan dada dengan ilmu pengetahuan tentang kelahiran yang bakal dilalui nanti. 


Oleh kerana itulah, anda dianjurkan untuk mengikuti kelas antenatal bersama-sama isteri. Kelas ini lazimnya ditawarkan oleh pihak hospital yang boleh disertai sejak dari awal usia kehamilan. Menerusi kelas tersebut anda berduaakan memperoleh pelbagai maklumat asas tetapi sungguh padat untuk dipraktikkan. Langkah ini amat penting untuk anda berdua meluaskan minda agar dapat menghadapi cabaran yang bakal timbul apabila tiba saatnya


Oleh kerana itulah, anda dan isteri perlu sentiasa memantau pergerakan kontraksi dengan mencatat setiap kontraksi yang berlangsung. Jadi, ia dapat memudahkan anda mengetahui apa yang sedang dan bakal berlaku. Luangkan masa-masa terakhir yang ada ini dengan menuruti apa sahaja yang isteri mahu anda lakukan demi memastikan dia kekal selesa. Sebagai contoh, anda bolehlah mengurutnya di bahagian-bahagian tubuh tertentu menggunakan minyak bayi ataupun minyak aromaterapi.



2. Bersedia untuk melaluinya



Kebanyakan wanita terutamanya hamil sulung perlu melalui proses bersalin yang lebih panjang sebelum selamat melahirkan. Sesungguhnya, adalah lebih baik dan selesa jika isteri anda melalui tahap awal proses bersalin di rumah sahaja. Lagipun, kebanyakan hospital tidak menerima pesakit melainkan kontraksi yang dialami adalah tetap dan berlaku setiap lima minit.

Wednesday, July 21, 2010

Cinta Dalam Hati


CINTA DALAM HATI - UNGGU

mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa di cintai
tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
dalam hidupmu, dalam hidupmu

telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
bahagia untukku, bahagia untukku

reff:
ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
meski ku tunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejab saja

Sunday, July 18, 2010

Mutiara Cinta Ungkapan Jiwa

 Credit:Google

.....Mutiara cinta Ungkapan jiwa buat santapan hati anda...... 

Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendo'akannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
 

Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta ...
 

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.


Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
 

Thursday, July 15, 2010

Puisi Cinta Penghibur Hati


ada apa dengan cinta

Satu masa telah terlewati
Benci dan rindu merasuk di kalbu
Ada apa dengan cintaku
Sulit untuk aku ungkap semua
Jangan pernah bibir tertutup
Bicarakan semua yang kau rasakan
Cinta itu kita yang rasa
Bila sengsara hati kan merana
Wahai pujangga cinta
Biar membelai indah
Telaga di kalbuku
Jujurlah pada hatimu
Ada apa dengan cinta

 Inginku Miliki DiriMu

Terlalu lama ku pendam
Semua rasa ini padamu
Kini ku sudah tak tahan
Ku ingin kau tau semua..
Aku lebih dulu mencintaimu
Aku lebih dulu mengenalmu
Bukannya dia..
Cinta itu harus diungkapkan
Cinta itu harus memiliki
Tak kan kulepaskan dirimu
Memang tinggi egoku
Namun.. ingin ku miliki dirimu..
Demi cinta yang t`lah lama ku pendam
Demi mengganti semua pengorbanan
Yang t`lah ku lakukan untukmu
Kau harus jadi milikku.
Petikan: Puisi Indah

Monday, July 12, 2010

Panduan Kenali Pasangan Anda

 Credit:Google


JIKA anda inginkan rumah tangga yang berjaya, anda perlu bersikap realistik dan terbuka. paling penting ketahui pelbagai perkara mengenai pasangan anda sama ada menerusi teman atau keluarganya.

Lihat persamaan

Lihat ciri keperibadian yang diingini

Jika anda menyukai keadaan yang kemas dan tersusun, maka amat penting anda memilih pasangan yang menyanjungi ciri ini serta menggunakannya untuk mengukuhkan lagi ikatan perkahwinan.


Lihat keserasian

Antara ciri yang amat penting dalam memilih pasangan adalah keserasian dalam keperluan kedua-dua pihak. Contohnya, dalam pergaulan sosial. Jika anda suka menghadiri majlis sosial (contohnya, majlis makan malam) tetapi pasangan anda tidak menyukainya, ia berkemungkinan menimbulkan pertelingkahan.


Lihat dan sahkan kekuatan serta kelemahan masing-masing

Lelaki yang menganggap dirinya lemah dari segi menguruskan rumah cenderung menganggap bakal isterinya berkebolehan dalam hal berkenaan tanpa memastikannya terlebih dulu. Ia sama seperti wanita mengandaikan bakal suaminya pandai membaiki peralatan rumah yang rosak. Andaian sebegini mempunyai risiko kerana lelaki dan wanita masa kini cenderung memiliki minat yang berbeza.

Thursday, July 8, 2010

Menilai Makna Tersirat Disebalik Tingkahlaku Lelaki


 LELAKI memang dilahirkan secara fitrah pandai memikat. Ayat ‘power’, pandai memujuk dan merayu adalah antara ciri-ciri semula jadi yang ada pada lelaki. Malah, dalam dunia haiwan pun, ada ciri itu apabila si jantan bijak memikat si betina.

Disebabkan kelebihan itu, ramai wanita yang layu dan cair apabila berhadapan dengan lelaki sedemikian.

Justeru, wanita perlu mengetahui rahsia lelaki supaya mereka tidak mudah tergoda dan tunduk kepada lelaki terutama yang digelar ‘hidung belang’.

Jika lelaki mengirimkan SMS lebih daripada sekali setiap hari walaupun hanya untuk mengucapkan “apa khabar?” atau “sudah makan ke belum?”, tandanya dia ada perhatian kepada anda. Lelaki tidak akan melakukan perbuatan itu terlalu kerap jika tiada maksud lain.

Jika lelaki menelefon anda tanpa sebab dan hanya memberitahu: “sekadar mahu mendengar suara anda..”, tandanya dia suka anda tetapi malu untuk memulakan kerana lelaki tahu mereka harus memulakan langkah pertama.

Andai lelaki mendiamkan diri selepas pertengkaran panjang, maksudnya dia sudah letih dan ingin pertengkaran itu dihentikan kerana hakikatnya si lelaki tidak suka berperang mulut dalam tempoh lama.

Sunday, July 4, 2010

Lima Cara Pulih Merana......Ceriakan Hidup Anda Sekarang!

Credit:Google

Lazimnya wanitalah yang akan terasa dan kecewa setiap kali gagal bercinta. Namun akhirnya ramai yang gagah mengatasinya dengan cara mereka sendiri. 


Berikut adalah petua yang dikatakan mampu memulihkan semangat anda untuk meneruskan perjuangan hidup tanpa si dia.


1) Jangan menghubunginya lagi. Padamkan terus nombor telefonnya,dapatkan kad sim baru bagi memastikan dia tidak menelefon anda semula. Buatlah sesuatu yang berfaedah dan positif dalam mengisi masa.


2) Lakukan senaman seperti berjalan kaki,berenang mahupun melakukan aktiviti-aktiviti fizikal di gimnasium.Selain menyegarkan minda, anda akan mendapat ramai kenalan baru.


3) Keluar saja dari rumah pada hujung minggu bersama keluarga atau sendirian. Ini boleh dilakukan dengan mengunjungi pameran, menonton wayang mahupun ke kompleks membeli-belah.Terperap di bilik akan membuat anda lebih sengsara apa lagi kalau memencilkan diri dari dunia luar.


4) Telefon sahabat dan keluarga terdekat juga adalah satu terapi yang baik.Apa lagi dikelilingi oleh mereka yang mengambil berat mengenai diri dan membuat anda berasa selesa.


5) Hias semula bilik tidur dengan susun atur yang berbeza termasuk menyimpan segala benda yang boleh mengingati si dia semula. Bekerja dengan lebih tekun agar minda sentiasa bekerja dan tidak hanya memikirkan kekasih lama.


Selamat Mencuba.
Blog Widget by LinkWithin